= ~ api serpihan (arang batu, kayu) yang bernyala dalam api yang hampir padam;
batu ~ arang batu;
(bagai) terpijak ~ hangat (peribahasa) gelisah kerana sesuatu perkara;
genggam ~ api biar jadi arang (peribahasa) jika melakukan pekerjaan yang
bara II
gajah ~ [Perak] gajah ganas;
barak I.
bara III
[Terengganu] kembara.
baragajul
(Sunda) [arkaik] (orang yang) suka membangkitkan marah orang;
= bergajul.
barah
1. sejenis bisul besar yang bernanah;
2. ketumbuhan berbahaya pada kulit atau pada tisu di dalam tubuh yang disebabkan oleh pertumbuhan sel yang tidak mengikut kadar yang normal (disebabkan oleh pengaruh bahan-bahan karsinogen seperti bahan kimia dan virus), kanser;
3. sesuatu keadaan (perkara, perkembangan, dan lain-lain) yang sangat buruk pengaruh atau akibatnya dan boleh merebak atau menular;
~ batang barah di pertemuan paha dan badan;
~ batu barah yang keras seperti batu (dekat dubur);
~ bir barah dekat dubur;
~ bunyi barah di dada;
~ cika barah di dalam perut;
~ empong barah di ari-ari;
~ gajah barah di dalam perut;
~ kelawar barah di bawah ketiak;
~ kepala beruang barah pada bahu atau lutut;
~ kepala harimau barah di bawah mata kaki;
~ kundur buruk barah di perlipatan lutut;
~ nangka barah di betis;
~ raja barah yang sangat sakit;
~ sisik barah yang selalu mengelupas;
~ sisip barah di bawah tulang rusuk;
~ tetek barah pada susu, mastitis;
~ tiarap barah yang menyebabkan luka di dalam;
~ ular = ~ batang;
membarah menjadi barah:
jeritan hatiku terus melarat hingga ~ ke dalam jiwa.
barai I
sejenis siput air tawar, Lingular spp.
barai II
terbarai jatuh bertebaran:
buah langsat yang dikendongnya itu ~ apabila karung itu koyak.
barak I
garang, ganas, hebat, kasar, kuat;
patah ~ hilang garang, menjadi jinak (gajah);
bara II.
barak II
[Kelantan] banyak.
barakan
[Jawa] pergi berkunjung beramai-ramai dari rumah ke rumah, biasanya pada hari raya untuk bertakbir.