bapa

1. ayah;
ibu ~ orang tua;

2. saudara laki-laki ibu atau bapa:
~ ngah;

3. panggilan kepada orang tua sebagai tanda hormat kepadanya;

4. perintis jalan, pelopor:
Dato’ Onn dapat dianggap ~ kemerdekaan Malaya;

5. [Indonesia] orang yang dipandang sebagai orang tua (seperti guru, ketua kampung, dan sebagainya);
~ angkat orang yang tidak ada pertalian darah tetapi dianggap sebagai bapa sendiri;
~ ayam
a) ayam jantan;
b) bapa yang tidak mempedulikan anaknya;
c) lelaki yang memperdagangkan pelacur;
~ balar [Terengganu] kerbau jantan yang balar;
~ besar datuk;
~ cik
a) adik laki-laki bapa atau emak;
b) panggilan anak-anak kepada orang laki-laki dewasa;
~ kecil = ~ muda bapa cik;
~ Suci Paus (di Rom);
~ saudara abang atau adik lelaki kepada ibu atau bapa;
~ tiri suami emak (bukan bapa kandung);
~ tunggal lelaki bergelar ayah yang membesarkan serta mendidik anaknya seorang diri tanpa kehadiran isteri kerana perceraian, kematian dan sebagainya;

sebapa mempunyai bapa yang sama (tetapi berlainan emak), seayah;

berbapa
1. mempunyai bapa, berayah:
sejak kecil lagi dia sudah tidak ~;

2. menganggap seseorang sebagai bapa, berayah;

3. menyebut bapa;

berbapakan mempunyai seseorang (yang berbangsa, berpekerjaan, bersifat, dan sebagainya yang dinyatakan) sebagai bapa, berayahkan:
~ seorang Inggeris;
~ seorang polis;
~ seorang yang pembengis;

kebapaan sifat sebagai bapa, keayahan:
dia menunjukkan sifat-sifat ~ yang tulen.

berkongsi