~ adap sejenis tumbuhan (pokok menjalar),
a) Mussaenda mutabilis;
b) Mussaenda glabra;
(daun) ~ angin sejenis tumbuhan (pokok),
a) tapu, sedangar, Mallotus barbatus;
b) Mallotus marcrotachyus;
c) Mallotus paniculatus;
akar ~ adap sejenis tumbuhan (pokok), akar kupur, Rubus glomeratus.
baling I
batu dan lain-lain yang dibubuh pada tali dan dilemparkan dengan menghayunkannya terlebih dahulu mengelilingi kepala:
datangnya terlalu deras seperti ~;
baling-baling
1. kincir angin (penunjuk arah angin dan lain-lain);
2. alat yang rupanya seperti kincir untuk menjalankan kapal atau kapal terbang;
~ angin [Indonesia] kipas angin;
~ di atas bukit = hati bagai ~ (peribahasa) tidak tetap pendirian (hati dan lain-lain);
berbaling berkisar seperti baling-baling;
membaling
1. melempar (dengan baling);
2. melempar:
gadis-gadis menyambut dan menanam anak-anak padi yang dibaling oleh teruna-teruna;
membalingi melempari dengan baling, melempari:
ia ~ rumah lawannya dengan batu;
balingan hasil atau perbuatan membaling, lontaran, lemparan:
lelaki itu terhenti bagaikan terkena ~ batu;
aktiviti olahraga seperti ~ dan lontaran boleh menyebabkan kemalangan jika pemain kurang berhati-hati;
pembaling
1. alat untuk membaling;
2. orang yang membaling:
ia mengintip ~ batu itu.
baling II
[Perak] cerpelai.
balistik
kajian tentang kesan gerak atau daya luncuran objek yang ditembakkan atau dilepaskan ke udara (seperti peluru meriam, peluru berpandu) termasuk momentum dan daya kekuatan.
balkon
[Indonesia-Belanda] balkoni.
balkoni
1. anjung kecil pada tingkat atas rumah bertingkat (sebagai tempat berangin);
2. tempat duduk di tingkat atas pada panggung wayang.
baloi
[Kedah]
1. seimbang, sepadan:
upah itu tidak ~ dengan kerjanya;
2. balasan (yang setimpal), bela:
menuntut ~ atas kezaliman orang;
air ~ air yang tidak mengalir;
berbaloi berpadanan, seimbang:
gadis itu tidak ~ dengannya;
balok I
[Indonesia-Belanda]
1. kayu balak;
2. tanda pangkat ketenteraan;
~ not baris-baris melintang pada not muzik.
balok II
[Indonesia-Belanda];
huruf (tulisan) ~ huruf (tulisan) cap.
balon
[Indonesia-Belanda] belon;
~ lampu bal lampu;
balonan, balon-balonan
1. belon permainan anak-anak;
2. = ~ sabun gelembung sabun;
3. berita yang dilancarkan untuk mengetahui pendapat orang (golongan) tertentu.