baling I

batu dan lain-lain yang dibubuh pada tali dan dilemparkan dengan menghayunkannya terlebih dahulu mengelilingi kepala:
datangnya terlalu deras seperti ~;

baling-baling
1. kincir angin (penunjuk arah angin dan lain-lain);

2. alat yang rupanya seperti kincir untuk menjalankan kapal atau kapal terbang;
~ angin [Indonesia] kipas angin;
~ di atas bukit = hati bagai ~ (peribahasa) tidak tetap pendirian (hati dan lain-lain);

berbaling berkisar seperti baling-baling;

membaling
1. melempar (dengan baling);

2. melempar:
gadis-gadis menyambut dan menanam anak-anak padi yang dibaling oleh teruna-teruna;

membalingi melempari dengan baling, melempari:
ia ~ rumah lawannya dengan batu;

balingan hasil atau perbuatan membaling, lontaran, lemparan:
lelaki itu terhenti bagaikan terkena ~ batu;
aktiviti olahraga seperti ~ dan lontaran boleh menyebabkan kemalangan jika pemain kurang berhati-hati;

pembaling
1. alat untuk membaling;

2. orang yang membaling:
ia mengintip ~ batu itu.

berkongsi