[Indonesia] kolam ikan, empang.
balsa
sejenis pokok tropika di Amerika yang kayunya ringan, biasanya digunakan untuk membuat rakit, Ochroma lagopus.
balsam
salap yang dibuat daripada ekstrak pokok tertentu, digunakan untuk melegakan atau menghilangkan rasa sakit.
balu I
perempuan yang menjadi janda kerana kematian suami.
balu II
guruh:
mendayu-dayu guruh ~.
balu III
[Perak] lali, hilang perasaan, tidak peduli lagi.
baluarti
[sastera lama] benteng, dinding tembok (batu).
baluh I
1. bingkai gendang;
2. = baluhan rangka tempat duduk di atas gajah;
bagaimana pohon tiada akan tumbang dipanah halilintar sebab ~ kulit ada di batangnya (peribahasa) orang yang bersubahat dengan orang jahat akhirnya akan binasa walaupun keturunan orang baik-baik.
baluh II
[Kelantan] rumah kecil tempat menyimpan padi, kepuk, rengkiang padi.
balui
baluian [arkaik] tidak ada yang menang dan tidak ada yang kalah, seri;
baloi.