[Indonesia] awalan asing dalam lingkungan atau hubungan yang satu dengan yang lain, misalnya antarbenua dan antarkelompok, antara.
antar-antar
penumbuk yang panjang (alu, antan, dan lain-lain);
~ gobek anak gobek, pelantak gobek;
~ senapang pelantak.
antara
1. sela, jarak (di tengah dua benda):
dua pokok itu, ~nya tiga depa;
2. berada di tengah-tengah (dua jarak waktu, keadaan, dan sebagainya):
~ pukul 3.00 dan 4.00 petang;
~ kuning dan hijau;
~ tidur dengan jaga;
3. selang waktu, masa dari satu saat ke saat lain:
sejam ~nya datanglah ia;
4. di tengah-tengah kumpulan (golongan dan lain-lain):
pilih ~ dua ini;
5. = di ~ dalam ruang yang memisahkan (dua atau lebih titik, benda, dan sebagainya):
~ dua bangunan itu terdapat lorong kecil;
jarak ~ filem dan arca;
6. yang melibatkan, berkaitan, dan sebagainya dengan:
perhubungan ~ bahagian-bahagian;
perhubungan ~ kedua-dua negara itu semakin pulih;
kerjasama ~ kita;
perlanggaran ~ dua buah kereta;
perbandingan ~ kedua-dua tokoh terkenal itu;
7. dalam lingkungan:
kanak-kanak yang berumur ~ lima hingga sepuluh tahun;
~ satu hingga dua minggu;
diajarkan ~ sepuluh hingga dua puluh nama benda;
8. kepada setiap orang dan sebagainya, di kalangan:
barang-barang itu dibahagi-bahagikan ~ mereka;
9. termasuk dalam sesuatu kumpulan (bilangan, kelas, dan sebagainya):
itulah ~ beberapa perkara yang perlu dilaksanakan;
10. sementara, dalam pada itu:
ingat ~ belum kena;
11. tentang, dekat dengan, tidak jauh dr:
selepas beberapa hari lamanya maka sampailah ~ Mokha;
12. kira-kira, lebih kurang:
~ sepuluh orang tertangkap kerana merompak;
~ lain = ~nya salah satu daripada (hal-hal dan lain-lain);
berantara
1. mempunyai antara (selang, sela):
rumah ini ~ empat meter dengan rumah itu;
2. tidak langsung, berselang waktu, tidak serta-merta:
perubahan itu dibuatnya dengan ~;
tiada ~ lagi tidak berhenti-henti, terus-menerus;
dekat tak tercapai, jauh tak ~ (peribahasa) sesuatu yang dekat dengan kita tidak dapat kita ambil kerana tiada upaya;
mengantara menjadi orang tengah;
mengantarai
1. membuat antara, memisahkan:
ada suatu sungai yang ~ kedua-dua negeri itu;
2. bertindak sebagai orang tengah, menjadi pengantara:
ia yang ~ perselisihan itu;
perantaraan
1. perihal mengantarai (bertindak sebagai orang tengah):
dalam pertikaian antara Malaysia dengan Indonesia diminta ~ dari negeri Siam;
2. penghubung (antara dua orang dan lain-lain):
saya kirim surat ini dengan ~ kawan saya;
3. = dengan ~ dengan jalan, melalui:
kursus itu diberikan dengan ~ radio;
4. [arkaik] hubungan (pertalian, pergaulan):
~ dengan majikannya sudah kurang baik;
pengantaraan tindakan mengantarai (menjadi orang tengah):
pergaduhan antara kedua-dua keluarga itu diselesaikan dengan ~ Tok Penghulu;
pengantara, perantara orang tengah, penghubung (dalam perundingan dan lain-lain):
dia hanya berlaku sebagai ~ dalam perselisihan saya dengan Leman.
antara muka
(Komputer) bahagian (peranti, sambungan, dan lain-lain) yang menjadi sempadan dan penghubung di antara dua komponen, litar, peranti, sistem, dan lain-lain yang berlainan untuk membolehkan pertukaran maklumat dilakukan;
~ analog sambungan pada komputer yang boleh menerima peranti analog;
~ bas litar atau peranti yang berfungsi memadankan atau menyambungkan alat lain pada sistem bas;
~ bersiri antara muka yang membolehkan maklumat dihantar satu per satu melalui saluran tunggal;
~ Centronics antara muka piawai untuk menyambungkan komputer dengan pencetak selari;
~ digital sambungan yang membolehkan komputer menerima peranti digital;
~ pengguna penentuan dan peraturan komputer yang membolehkan pengguna mudah berinteraksi dengan komputer;
pengantaramukaan proses menghubungkan dua atau lebih alat, peranti, dan lain-lain yang berlainan supaya dapat saling berhubung.
antarabangsa
1. antara atau di kalangan negara-negara, melibatkan dua atau lebih negara:
menggalakkan persefahaman ~;
perhubungan ~;
perdagangan ~;
2. berkenaan atau berkaitan dengan dua atau lebih negara atau warganegaranya:
mahasiswa kita cenderung terhadap perkara-perkara ~;
3. ditubuhkan oleh dan dikawal atau digubal untuk beberapa negara:
mahkamah ~;
undang-undang ~;
4. dimiliki atau dikaitkan dengan pertubuhan dan sebagainya yang mempunyai ahli-ahli dalam dua atau lebih negara:
pertubuhan ~;
pergerakan ~;
5. boleh digunakan oleh semua negara:
perairan ~;
6. diterima oleh beberapa negara besar sebagai tinggi tarafnya:
hotel ber taraf~;
mengantarabangsakan menjadikan sesuatu (hak, isu, dan sebagainya) bersifat antarabangsa:
ada pihak-pihak tertentu yang cuba ~ pergolakan politik negara itu;
keantarabangsaan keadaan sesuatu yang bersifat antarabangsa:
sikap ~ pucuk pimpinan Malaysia telah menarik minat seluruh dunia;
pengantarabangsaan perbuatan (proses) mengantarabangsakan:
wujudnya peluang ekonomi yang semakin banyak akibat pembangunan dan ~.
antarbenua
[Indonesia] dalam hubungan antara satu benua dengan benua yang lain.
antardaerah
[Indonesia] dalam hubungan antara satu daerah dengan daerah yang lain.
antari
baju ~ baju panjang yang dipakai oleh orang naik haji.
antarkelompok
[Indonesia] dalam hubungan antara satu kelompok dengan kelompok yang lain.
antarnegara
[Indonesia] dalam hubungan antara satu negara dengan negara yang lain, antarabangsa.