orang (pihak) yang kuat menentang orang (pihak) lain.
antagonisme
pertentangan antara dua pihak (orang, kumpulan, dan sebagainya).
antagonistik
menentang (seseorang atau sesuatu pihak) dengan hebat:
itu akan hanya mendapat reaksi negatif, ~ dan lebih buruk lagi.
antah I
butir-butir padi dalam beras atau nasi, gabah;
~ berkumpul sama ~, beras bersama beras = bersisih ~ dengan beras (peribahasa) terasing orang miskin (hina) daripada orang kaya (mulia);
janjian ~ tiada ceruh (peribahasa) nasib yang malang tidak akan baik, malang juga selamanya;
laksana ~ melukut (lemukut), lapar sangat baru berguna (peribahasa) barang sesuatu yang tidak berharga dan kurang baik berguna juga dalam masa kekurangan;
tidak tahu ~ terkunyah (peribahasa) tidak berasa bahawa telah melakukan sesuatu yang tidak patut.
antah II
negeri ~-berantah
[sastera lama] negeri anu (negeri khayalan sahaja).
antakesuma
baju ~ sl
1. baju daripada cita berbunga-bunga;
2. baju sakti.
antan
penumbuk padi, alu;
~ patah lesung hilang (peribahasa) tertimpa berbagai-bagai kecelakaan (kesusahan);
bagai ~ pencungkil duri = canggung seperti ~ dicungkilkan duri (peribahasa) melakukan pekerjaan yang sia-sia;
bertelingkah ~ di lesung, ayam juga yang kenyang (peribahasa) berselisih antara dua saudara tentang sesuatu, orang lain yang beruntung;
bertelingkah bagai ~ di lesung (peribahasa) orang yang sama sepekerjaan itu, jikalau bersalahan dan berkecil hati, jadi rosaklah pekerjaannya.
antap I
padat, berat;
merentang ~ mencari jalan yang sependeknya;
antep.
antap II
[Minangkabau] tenang, diam, senyap;
mengantapkan menenangkan, mendiamkan (anak menangis dan lain-lain):
antapkanlah anakmu itu.
antar
[bahasa percakapan] hantar.