anod

(Kimia)
1. elektrod positif dalam sel elektrolisis atau tiub nyahcas;

2. bahagian hujung yang negatif pada sel atau bateri.

anom

[sastera lama] muda dan kacak:
engkau aku ambil jadi warga dalam kerana sayang aku membunuh engkau ini kerana rupamu kedua bagus dan ~ tanpa tanding.

anomali

penyimpangan daripada peraturan (jenis atau bentuk) yang biasa, ketakwajaran:
ini membolehkan tribunal itu menyelesaikan ~ yang berbangkit berikutan dengan pelaksanaan SSB.

anomi

(Antropologi) tiadanya nilai sosial atau moral pada diri seseorang, sesuatu kumpulan atau masyarakat.