antenatal

sebelum bersalin, semasa mengandung:
kehamilan yang tidak mendapat jagaan ~ yang lengkap.

antep

[Jawa] berat, antap;

mengantepi
1. mempercayai, memegang teguh pada, sangat setia kepada;

2. membiarkan, mendiamkan sahaja.

anterior

(Biologi)
1. terletak berhampiran dengan bahagian hadapan, atau di bahagian hadapan sesuatu struktur yang lain, pada tubuh:
sesungut terletak di bahagian ~ lipas;

2. terletak paling jauh dari batang utama (berkenaan (dengan) bahagian bunga atau daun).

anteseden

1. sesuatu (peristiwa, keadaan dan sebagainya) yang berlaku atau wujud sebelum sesuatu (peristiwa, keadaan dan sebagainya) yang lain, yang masing-masing berkaitan antara satu sama lain:
satu lagi ~ harga diri ialah pencapaian akademik;

2. (Linguistik) kata, frasa, atau klausa yang dirujuk oleh kata ganti nama yang mengikutinya, misalnya Shuhada ialah anteseden bagi dia dalam ayat meskipun Shuhada lulus peperiksaan itu, dia gagal mendapat tempat di universiti.

anti

awalan asing tidak menyetujui, melawan, membantahi, menentang, misalnya antikerajaan dan antisosial.