antigen

(Perubatan) bahan (protein) yang apabila disuntikkan ke dalam tubuh merangsangkan pengeluaran antibodi.

antih

mengantih memintal benang;

pengantihan perbuatan mengantih, pemintalan benang.

antik

1. berasal dari zaman dahulu atau lampau sebagai perbandingan dengan zaman moden:
kedai itu menjual barang-barang ~;

2. = barang-barang ~ barang-barang seperti perabot atau hasil seni lain yang dihasilkan dalam zaman lampau yang dikumpul dan dinilai kerana kecantikannya (mutu hasil kerjanya dan umurnya):
penggemar ~;

keantikan sifat antik:
~ perabot itu dapat dikesan daripada reka bentuknya.

antikarat

mencegah atau mengelakkan berlakunya karat:
minyak ini juga mempunyai kuasa melawan pemburukan dan mengandungi ciri-ciri khas ~.