sejenis bahan yang ditambahkan kepada bahan api kenderaan bermotor untuk mencegah atau mengurangkan bunyi bising enjinnya.
antiklimaks
keadaan yang menjunam atau turun secara tiba-tiba kesannya (keistimewaannya dan lain-lain) daripada suatu keadaan atau aliran yang memuncak, penurunan yang berbeza sama sekali daripada aliran memuncak sebelumnya.
antikuiti
barang purba seperti bangunan, karya seni dan lain-lain.
antimalaria
bahan yang dapat mencegah atau menyembuhkan demam malaria.
antimangkin
(Kimia) bahan yang mengurangkan atau memusnahkan tindakan mangkin.
antimikosis
(Perubatan) bahan yang dapat merencatkan pertumbuhan kulat yang menyebabkan penyakit.
antimoni
sejenis unsur logam (pepejal putih) yang digunakan untuk membuat aloi dan semikonduktor.
antimoniamis, antimon
[Indonesia] antimoni.
antimun
[arkaik] mentimun I
antinasional
berkenaan (orang, pihak) yang menentang negara:
beliau membantah dakwaan itu dan menyifatkannya sebagai tidak berasas dan memberikan gambaran bahawa beliau seorang ~.