(Perubatan) bahan yang dapat mencegah atau melegakan gejala reumatisme.
antisepsis
(Perubatan) pemusnahan bakteria dan lain-lain (yang menyebabkan penyakit).
antiseptik
bahan kimia (seperti iodin, alkohol, asid borik, dan lain-lain) yang digunakan untuk membunuh atau mencegah pembiakan bakteria pada permukaan kulit (pada luka, alat perkakas pembedahan, dan lain-lain).
antiserum
(Perubatan) serum darah yang mengandungi antibodi melawan antigen tertentu, digunakan untuk merawat atau melindungi seseorang daripada sesuatu penyakit.
antisiklon
kawasan yang tekanan udaranya lebih tinggi berbanding dengan tekanan udara di sekelilingnya sehingga menghasilkan keadaan cuaca yang tenang.
antisipasi
perkiraan atau bayangan tentang hal-hal yang akan terjadi.
antisosial
1. tidak suka bergaul dengan orang lain (masyarakat):
mereka yang ~ akan hanya merenggangkan diri mereka daripada arus pembangunan masyarakat;
2. bertentangan dengan atau berbahaya kepada peraturan atau adat (sesebuah masyarakat).
antitesis
1. sesuatu yang benar-benar berlawanan atau bertentangan;
Boyle meragui segala sesuatu yang merupakan ~ kepada prinsip keyakinan dalam agama;
2. penggunaan kata atau ungkapan seperti berjuang atau menyerah dalam frasa, ayat, dan lain-lain yang sama untuk mendapatkan kesan perbezaan atau pertentangan yang seimbang.
antitoksin
(Perubatan) sejenis zat dalam tubuh yang dapat melawan racun penyakit.
antivirus
bersifat menentang atau membasmi virus:
ubat ~;
perisian ~.