[Jawa] congkak, sombong.
Category Archives: Kamus Dewan Online
anggai
[sastera lama] [arkaik] isyarat, semboyan.
anggabaya
[Jawa] [arkaik];
ratu ~ gelaran orang yang berkuasa.
angga
berangga bercabang (berkenaan (dengan) tanduk rusa).
angau
asyik terbayang, terkenang dan sebagainya akan seseorang, terutamanya apabila dilamun perasaan cinta atau keinginan yang amat sangat terhadap seseorang:
Shida betul-betul membuatku ~;
aku dicap sebagai budak ~ dan aku selalu dikatakan berkhayal sewaktu belajar oleh guru yang mengajar aku;
gila ~;
sakit ~.
mengangaukan menyebabkan atau menjadikan angau:
entah apa yang ~nya sehari dua ini, kerana semua kerjanya tidak beres.
angap
menarik nafas dengan susah dan cepat-cepat (seperti ikan di darat), ngap-ngap.
angan
1. fikiran, ingatan, menungan;
tidak masuk ~ = tidak lalu ~ tidak masuk akal;
2. [Minangkabau] maksud, niat;
~ lalu, faham tertumbuk (peribahasa) menurut fikiran mungkin dibuat, tetapi sebenarnya sukar;
angan-angan
1. ingatan, fikiran;
jalan ~ jalan fikiran;
sakit ~ tidak betul fikiran;
2. gambaran atau bayangan dalam fikiran (seseorang yang sedang berkhayal), khayalan, fikiran atau ingatan (yang timbul dalam menungan):
bunyi kuang di rimba sekonyong-konyong melenyapkan ~ Jusuh;
3. cita-cita:
~nya menjadi doktor;
4. sesuatu (harapan dan lain-lain) yang tidak mungkin tercapai (berlaku dan sebagainya), khayalan:
itu bukan ~ tetapi kenyataan;
5. [Minangkabau] maksud, niat:
bukan ~nya hendak memalukan orang tuanya;
~ hati kata dalam hati;
~ Mat Jenin harapan (atau mengharapkan sesuatu) yang mustahil;
mabuk di ~ = dimabuk ~ mengharapkan sesuatu yang tidak mungkin tercapai;
~ menerawang langit (peribahasa) mencita-citakan segala sesuatu yang tinggi-tinggi;
~ mengikat tubuh (peribahasa) menyusahkan diri kerana cita-cita yang terlampau tinggi;
berangan-angan
1. mempunyai angan-angan (cita-cita, ingatan, keinginan):
ia tidak pernah ~ hidup di kota-kota besar;
2. = mengangan, mengangan-angan membayang-bayangkan berbagai-bagai gambaran di dalam fikiran, berkhayal(-khayal), mengelamun:
kadang-kadang terhibur juga hatiku apabila aku ~ menjadi penyanyi;
3. [Minangkabau] bermaksud, berniat:
tidak ~ hendak membalas perbuatan orang terhadapnya;
mengangankan, mengangan-angankan
1. mencita-citakan, mengenang-ngenangkan, mengingini:
gadis itulah yang diangan-angankan untuk dijadikan isterinya;
2. membayangkan dalam fikiran, mengkhayalkan;
terangan-angan
1. terfikir, terniat;
2. terbayang dalam fikiran, terlukis dalam khayalan.
angah II
[Minangkabau];
terangah payah, tercengang (tidak dapat berkata-kata);
engah.
angah I
nama timang-timangan bagi anak yang kedua.
angabehi
ngabehi.