anggar IV

[Indonesia-Belanda] 1. gudang tempat menyimpan kapal terbang;

2. gudang besar di pelabuhan;

3. jambatan, pangkalan pelabuhan.

anggar II

[Indonesia] permainan (perkelahian) dengan memakai pedang:
bermain ~;

beranggar bermain anggar, berkelahi dengan memakai pedang;
~ lidah berbantah;
~ pena berbantah dengan tulisan, berpolemik.

anggar I

anggar-anggar lebih kurang, kira-kira:
isi besen itu dengan air ~ setengah;

menganggar, menganggarkan mengira(kan) secara kasar sahaja, mengira-ngira(kan), memperhitungkan (belanja, biaya, dan lain-lain) secara kasar:
adalah dianggarkan bahawa kira-kira tiga perlima penduduk dunia tinggal di Asia;
jawatankuasa itu menganggarkan perbelanjaan yang diperlukan lebih daripada RM5000;

anggaran
1. jumlah yang dianggarkan, perhitungan atau perkiraan secara kasar:
beri ~ berapa liter minyak diperlukan untuk perjalanan 1000 km;
~ pendapatan dan perbelanjaan negara;

2. lebih kurang, kira-kira:
ia hendak berhenti di situ ~ empat lima malam lagi;

3. [Indonesia] peraturan;
~ belanja kira-kira (kasar) belanja (kerajaan, pertubuhan, dan lain-lain);
~ belanjawan kira-kira (kasar) pendapatan dan perbelanjaan;
~ dasar peraturan pokok yang menjadi dasar peraturan lain (pada pertubuhan dan lain-lain);
~ rumah tangga [Indonesia] peraturan yang menghuraikan atau melengkapkan anggaran dasar;

penganggaran proses mengira (menghitung) secara kasar;

penganggar orang yang menganggar sesuatu.

anggap II

[sastera lama];

beranggap berganti, bergiliran (menari dan lain-lain):
anak-anak muda itu menari ~;

beranggap-anggapan bergiliran mengajak atau menjemput menari (minum dan lain-lain):
sampai tengah malam mereka ~ menari;

menganggap menjemput (mengajak) menari dan lain-lain dengan memberi isyarat:
hulubalang itu pun dianggap oranglah;

menganggapkan mengunjukkan (minuman dan lain-lain);

anggapan ajakan, jemputan (menari dan lain-lain).

anggap I

menganggap memandang (sesuatu atau seseorang) sebagai, berpendapat bahawa:
mereka ~ dia orang yang tidak boleh diharap;
buku itu dianggap paling penting untuk membantu pelajarannya;

anggapan kesimpulan (sikap) terhadap seseorang atau sesuatu, pandangan, pendapat, sangkaan:
buku itu membayangkan ~ hidup orang-orang terpelajar;
~ umum
pendapat umum;
pada ~nya pada sangkaannya (pandangannya);

beranggapan mempunyai anggapan (bahawa), menyangka, berpendapat:
mungkin ada orang yang ~ poster samalah seperti hiasan dinding atau jambangan bunga.

anggal I

1. ringan (muatan perahu), lawan sarat:
perahu yang ~;

2. ringan (penyakit):
sakitnya telah ~;

3. senggang, tidak banyak kerja, lapang:
masa yang ~ bagi kami;

menganggali, menganggalkan meringankan;
perahu yang sarat dianggali ki (dikatakan mengenai) ayam yang temboloknya terbuka dalam perlagaan.