anggar I

anggar-anggar lebih kurang, kira-kira:
isi besen itu dengan air ~ setengah;

menganggar, menganggarkan mengira(kan) secara kasar sahaja, mengira-ngira(kan), memperhitungkan (belanja, biaya, dan lain-lain) secara kasar:
adalah dianggarkan bahawa kira-kira tiga perlima penduduk dunia tinggal di Asia;
jawatankuasa itu menganggarkan perbelanjaan yang diperlukan lebih daripada RM5000;

anggaran
1. jumlah yang dianggarkan, perhitungan atau perkiraan secara kasar:
beri ~ berapa liter minyak diperlukan untuk perjalanan 1000 km;
~ pendapatan dan perbelanjaan negara;

2. lebih kurang, kira-kira:
ia hendak berhenti di situ ~ empat lima malam lagi;

3. [Indonesia] peraturan;
~ belanja kira-kira (kasar) belanja (kerajaan, pertubuhan, dan lain-lain);
~ belanjawan kira-kira (kasar) pendapatan dan perbelanjaan;
~ dasar peraturan pokok yang menjadi dasar peraturan lain (pada pertubuhan dan lain-lain);
~ rumah tangga [Indonesia] peraturan yang menghuraikan atau melengkapkan anggaran dasar;

penganggaran proses mengira (menghitung) secara kasar;

penganggar orang yang menganggar sesuatu.

berkongsi