angguk

1. gerakan ke bawah (haluan kapal dan lain-lain);

2. gerakan menundukkan kepala (tanda bersetuju, kerana mengantuk, dan lain-lain);
~ bukan, geleng ia (peribahasa) lain di mulut lain di hati (lain perbuatan lain kehendak);

berangguk = mengangguk;
berangguk-angguk = mengangguk-angguk, terangguk-angguk;
mengangguk menggerakkan kepala ke bawah (tanda menyetujui, mengerti atau memaklumi kata-kata seseorang):
~ mengiakan;
mereka ~ bersetuju;

mengangguk-angguk
1. turun naik:
haluan perahu pun ~;

2. mengangguk berkali-kali:
mereka semua ~ tanda setuju;

menganggukkan menggerakkan (kepala) ke bawah:
ia ~ kepalanya;

mengangguk-anggukkan menggerakkan (kepala) ke bawah berulang kali:
ia ~ kepala sambil ayahnya meneruskan percakapannya;

terangguk-angguk
1. turun naik (berkenaan (dengan) haluan kapal);

2. mengangguk-anggukkan kepala dengan tidak disedari (kerana terlalu mengantuk dan sebagainya), tersengguk-sengguk:
kepalanya ~ mendengar cakap ibunya;

anggukan gerakan mengangguk:
~ dan gelengan kepala saya tidak dipedulikannya;

pengangguk;
tali ~ sejenis tali pada perahu.

anggota

1. bahagian tubuh, terutama tangan dan kaki:
duduk membongkok tidak menyenangkan ~ badannya;

2. ahli (sesuatu pasukan, pertubuhan, golongan, dan lain-lain):
~-~ pasukan bomba bergesa-gesa ke tempat kebakaran itu;
~ perwakilan asing;
~ polis;
~ tentera;

beranggota mempunyai anggota;

beranggotakan mempunyai sebagai anggota atau ahli;

menganggotai menjadi anggota (sesuatu perkumpulan, pertubuhan, dan lain-lain):
pertubuhan itu dianggotai oleh peminat-peminat pelbagai seni;
Jabatan Pengajian Islam terus ~ Fakulti Sastera dan Sains Sosial;

keanggotaan perihal menjadi anggota, kedudukan (hak) sebagai anggota, keahlian:
komunis China menuntut ~nya diterima dalam Bangsa-Bangsa Bersatu;
~ negara itu dalam pertubuhan tersebut dicabar oleh beberapa buah negara anggota yang lain.

anggit

menganggit
1. menyemat atap (rumbia, nipah, dan lain-lain);

2. memasang kulit pada gendang dengan rotan;

3. [Jawa] mengarang, menggubah, mereka:
~ muzik;

anggitan
1. segala sesuatu yang dianggit;

2. [Jawa] karangan, gubahan, rekaan.

anggerik

sejenis tumbuhan (bendalu) berbunga dalam famili Orchidaceae, orkid;
jenis-jenisnya:
~ bulan,~ merpati dan lain-lain.