angka II

[sastera lama] sangka, anggap, fikir;

mengangka menyangka, menganggap, memikir:
diangkanya kakang berubah cita.

angka I

1. tanda (lambang) yang menunjukkan bilangan atau jumlah sesuatu, nombor;

2. [Indonesia] markah:
berapa ~mu untuk membaca?~ abjad (Komputer) aksara yang hanya merangkumi angka dan huruf dalam sesuatu sistem tulisan;
~ Arab angka yang bermula dari 0, 1, 2 dan seterusnya, yang berbeza daripada angka Rumawi;
~ bulat = ~ penuh angka yang tidak mengandungi pecahan atau perpuluhan dan boleh bernilai negatif atau positif;
~ dua tanda nombor 2 (yang tidak digunakan lagi dalam penulisan sekarang) yang menunjukkan sesuatu perkataan itu diulangi keseluruhannya atau sebahagiannya (mis berhenti2, cepat2);
~ ganda angka yang menunjukkan berapa kali sesuatu angka itu digandakan;
~ ganjil angka seperti 3, 5, 7, dan seterusnya yang apabila dibahagikan dengan 2 akan berlebih satu;
~ genap angka seperti 2, 4, 6, dan seterusnya yang apabila dibahagikan dengan 2 tidak berlebih;
~ kandungan hasil daripada mendarab dengan dua atau lebih sesuatu angka lain;
~ pecahan angka yang terdiri daripada pengatas dan pembawah (mis 3/4, 5/6, dan sebagainya);
~ pengisi angka-angka yang boleh menjadi pembahagi sesuatu nombor dengan tidak berlebih (mis 3 dan 5 ialah angka pengisi bagi 15);
~ penuh angka bulat;
~ Roman angka yang bermula dari I, II, III, IV dan seterusnya, yang berbeza daripada angka Arab;
~ Rumawi angka Roman;
~ sial angka yang kononnya membawa kesialan (mendatangkan sesuatu keburukan dan sebagainya);

angka-angka 1. = perangkaan;
2. [Indonesia] bilangan,hitungan dengan angka;

berangka-angka, berangka-angkaan termenung-menung memikirkan sesuatu;

mengangkakan memberi berangka, memberi bernombor;

perangkaan
1. butir-butir atau maklumat mengenai sesuatu (seperti penduduk, hasil keluaran, perdagangan, dan lain-lain) yang dikumpulkan secara bersistem dengan menggunakan angka, statistik:
~ mengenai penghasilan barang utama;

2. = ilmu ~ pengetahuan mengenai pengumpulan dan penyusunan serta analisis dan sebagainya perangkaan, statistik.

angioplasti

(Perubatan) teknik pembedahan untuk membaiki atau memulihkan saluran darah yang rosak (tersumbat dan sebagainya).

angin

1. udara yang bergerak (sehingga terasa gerakan atau alirannya):
~ kencang sekali hari ini;

2. hawa, udara;
mengambil ~ berjalan-jalan menghirup (menikmati) hawa yang bersih;

3. gas yang terdapat atau berkumpul dalam perut dan usus:
perutnya berasa kurang sedap kerana berisi ~;
membuang ~
kentut;

4. [kiasan] desas-desus, khabar yang belum sah, gelagat bahawa sesuatu akan terjadi:
ada ~ yang dia akan datang ke mari;

5. [kiasan] kosong, hampa, sia-sia:
cakap ~;

6. kemungkinan, peluang, kesempatan:
menantikan ~ baik;

7. sifat atau perangai yang tidak menentu (berubah-ubah tanpa sebab yang nyata):
dia itu ada ~, kadang-kadang riang dan kadang-kadang muram;
~ ahmar
keadaan yang timbul tiba-tiba apabila saluran darah ke otak pecah atau tersumbat, yang mengakibatkan kehilangan kemampuan untuk menggerakkan sesetengah bahagian badan, strok;
~ badai angin ribut;
~ barat (barat daya dan lain-lain) angin yang datang dari barat (barat daya dan lain-lain);
~ bohorok (Sumatera) angin kering dan panas yang turun dari pergunungan;
~ (sorong) buritan angin yang datang dari buritan;
~ cekang kelat = ~ tegang kelat angin kencang;
~ darat angin yang datang dari darat;
~ ekor duyung angin yang datang dari berbagai-bagai jurusan;
~ gila angin yang tidak tentu arahnya;
~ gunung-gunungan angin besar;
~ haluan angin yang datang dari depan perahu;
~ hulu timur angin tepat dari timur;
~ indera bayu [sastera lama] angin ribut;
~ kelambu menunggal angin utara yang membawa hujan;
~ kelambu sebelah angin utara yang tidak kencang dan tidak membawa hujan;
~ kepala angin utara timur laut;
~ lalu ki khabar yang tidak tentu benar salahnya;
~ langkisau angin puting beliung;
~ laut angin yang datang dari laut;
~ lintang angin kuat yang bertiup melintangi arah laluan kenderaan;
~ membakat = ~ menebing = ~ menumbuk kurung = ~ tumbuk kurung angin yang tepat dari buritan dengan ombak yang tinggi;
~ musim angin yang datang menurut musim tiap-tiap tahun;
~ paksa angin yang baik untuk belayar;
~ pancaroba angin yang tidak tentu arahnya;
~ pasang pasang-pasang;
~ pengarak pagi angin pada waktu dinihari;
~ puting beliung = ~ puyu(h) angin yang berpusing-pusing;
~ ribut angin besar (bertiup dengan kencang), taufan;
~ sakal angin yang berlawanan dengan arah perahu;
~ salah angin yang tidak baik;
~ sapu-sapu = ~ sepoi-sepoi (bahasa);
~ selembubu ~ selung bubu
angin yang berpusing;
~ sendalu angin yang sedang ;
~ sepoi-sepoi (bahasa, basa) angin yang bertiup lembut;
~ sorong buritan = ~ turutan angin buritan;
~ taufan angin puting beliung;
~ tegang kelat [sastera lama] angin kencang:
maka baginda berbuat sebuah negeri terlalu besar, tujuh buah gunung di dalamnya, luas kotanya pada sepenampang sehari pelayaran ~ tegang kelat;
~ temberang buritan (haluan)
angin yang serong dari buritan (haluan);
~ tenggara mandi angin keras dari tenggara;
~ tikus = ~ tukus angin pada awal angin tenggara;
~ timba ruang angin keras dari sisi perahu;
~ yahum angin tumbuk kurung;
~ berputar, ombak bersabung (peribahasa) dikatakan berkenaan suatu perkara yang sangat sukar diselesaikan;
~ bersiru kami tahu (peribahasa) [Minangkabau] kami sudah tahu bahawa hal (niat) seseorang telah berubah;
~ tak dapat ditangkap, asap tak dapat digenggam (peribahasa) (Lampung) khabar-khabar yang ganjil itu tidak dapat disembunyikan (disimpan);
ke mana ~ yang deras, ke situ condongnya = seperti sepohon kayu, di mana ditiup ~, di sanalah ia condong (peribahasa) dikatakan kepada orang yang tidak tetap pendiriannya;
kalau tiada ~ bertiup takkan pokok bergoyang = tak sebab kerana ~, pokok kayu maukah bergoyang (peribahasa) tentu ada sebabnya maka terjadi sesuatu hal;
tahu di ~ turun naik (peribahasa) orang-orang yang arif bijaksana tahu akan keadaan susah atau senang;

seangin sedikit sahaja, sekelumit;

angin-angin
1. desas-desus, khabar yang belum sah;

2. gelagat;

angin-anginan panas baran, lekas marah;

berangin
1. ada angin:
hari panas dan tidak ~;

2. diketahui orang sedikit-sedikit:
setelah ~ hal itu, dia pun ditangkap polis;
~ keluar
terbuka rahsia (khabar dan lain-lain);

berangin-angin duduk di tempat yang ada angin (supaya sejuk):
kedua-duanya pun ~ di beranda;

mengangin
1. [arkaik] menjadi angin (hilang lenyap);

2. bertiup angin;

3. menumpah-numpahkan padi daripada nyiru supaya yang hampa ditiup angin dan terpisah daripada padi yang berisi:
petani itu sedang ~ padi;

mengangini memberi berangin, memasukkan (meniupkan) angin, mengipasi;

menganginkan, mengangin-anginkan 1. = memperanginkan menaruhkan di tempat yang berangin (untuk menyejukkan atau mengeringkan sesuatu), mengipasi:
tembikar itu dikeluarkan dari tempat pembakar dan dianginkan hingga sejuk;

2. membayang-bayangkan, menyatakan dengan samar-samar:
isterinya ~nya supaya anak mereka dijodohkan saja dengan anak saudaranya;

terangin
1. kena angin;

2. tampak angin-anginnya (gelagatnya);

terangin-angin tersiar khabar angin (desas-desus);

peranginan
1. tempat beristirahat atau berangin-angin (rumah atau bahagiannya);

2. = tempat ~ = kawasan ~ tempat untuk beristirahat yang biasanya agak jauh dari bandar (seperti di tepi pantai, di puncak bukit, dan sebagainya).