[Cina] ikat pinggang perempuan yang dibuat daripada kain.
Category Archives: Kamus Dewan Online
angket
[Indonesia-Belanda] penyelidikan mengenai sesuatu yang menjadi kepentingan umum (biasanya dilakukan dengan surat pertanyaan).
angker
[Jawa]
1. kelihatan menyeramkan kerana dipercayai berhantu (berkenaan (dengan) pokok besar, rumah besar, dan lain-lain);
2. kelihatan menakuntukan (berkenaan (dengan) air muka seseorang).
angkel
[Indonesia]
1. wang yang diberikan kepada seseorang yang masuk serdadu (zaman kolonial);
2. mengikat kontrak baru (sehabis kontrak lama).
angkawan
[arkaik] perangkawan.
angkatap
angka atau kuantiti yang tetap nilaiannya (dalam rangkaian algebra), pemalar.
angkat
1. meninggikan, menaikkan ke atas:
~ tangan;
2. yang dijadikan atau diakui seperti (anak, ayah, dan lain-lain):
abang ~ ;
anak ~;
3. [arkaik] kali (kekerapan) membawa:
sudah tiga ~ minuman;
4. turunan:
se~ seumur, sebaya (dengan);
~ berat = ~ besi sukan atau latihan jasmani dengan mengangkat besi;
~ kaki
a) melarikan diri, cabut lari;
b) meninggalkan sesuatu tempat (majlis dan sebagainya) dengan tergesa-gesa;
~ sembah melakukan sembah;
~ sumpah bersumpah;
dari jauh orang ~ telunjuk, kalau dekat dia ~ mata (peribahasa) jika kita berbuat salah akan diumpat orang di belakang kalau tidak di depan kita;
angkat-angkat yang boleh (dapat) diangkat-angkat:
jambatan ~;
berangkat
1. mula meninggalkan sesuatu tempat untuk pergi ke tempat lain, bertolak:
rombongan itu akan ~ ke Pulau Pinang;
2. mulai menjadi (besar, dewasa, dan lain-lain):
anak itu sudah ~ dewasa;
orang yang ~ hamil sering didatangi perasaan yang aneh-aneh;
memberangkatkan menyuruh berangkat:
keesokan harinya rombongan itu diberangkatkan ke ibu kota;
keberangkatan perihal berangkat (bertolak), berangkatnya:
dia pergi tanpa memberitahukan ~nya padaku;
mengangkat
1. menggerakkan ke atas, menaikkan, meninggikan:
ia ~ panggang dari api;
beberapa orang murid ~ tangan untuk menjawab soalan guru;
2. membawa pergi atau membawa dari satu tempat ke tempat lain:
diangkatnya barang itu ketika ia berangkat tadi;
~ beg-beg masuk ke dalam kereta;
3. melantik, menaikkan (kedudukan, taraf, pangkat):
hendak ~nya menjadi pengerusi;
peristiwa dan tindakan penting yang ~ taraf bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan;
4. (mulai) melakukan (menyatakan dan lain-lain):
~ sumpah;
5. mengambil sebagai, mengakui sebagai (anak dan lain-lain):
ia telah diangkat anak oleh penghulu;
6. [Indonesia] menangkap dan membawa pergi:
semalam ia diangkat oleh polis;
7. [kiasan] memuji (kerana hendak menyukakan hati):
pandailah kau ~ dia;
~ bicara [Indonesia] mulai berpidato;
~ hadas menyucikan diri daripada hadas kecil atau hadas besar;
~ suara meninggikan suara;
~ tabik memberi hormat;
~ wuduk menyucikan diri dengan mengambil air sembahyang;
mengangkat-angkat
1. mengangkat berulang kali;
2. [kiasan] meninggi-ninggikan, memuji-muji (untuk menyukakan hati):
jangan engkau suruh aku ~ orang;
mengangkati berkali-kali mengangkat, mengangkat-angkat;
mengangkatkan mengangkat untuk:
tolong angkatkan saya peti itu sebentar;
~ topinya akan memberi hormat;
angkatan
1. berat yang diangkat:
~nya lebih daripada 200 paun;
2. pasukan tentera (dengan alat kelengkapan), bala tentera:
~ bersenjata Malaysia;
3. pengiriman pasukan (tentera):
~ pasukan ke daerah pertempuran sudah selesai;
4. [arkaik] = pengangkatan, keangkatan pelantikan:
~ beliau sebagai duta telah disahkan;
5. [Indonesia] yang diangkat atau dilantik, lantikan (berkenaan (dengan) jawatan, pangkat):
jawatan Perdana Menteri bukanlah ~ tetapi pilihan;
6. golongan orang yang mempunyai haluan atau pendirian (kecenderungan, cita-cita, dan sebagainya) yang sama:
Usman Awang ialah tokoh ~ Sasterawan 50 atau Asas 50;
7. golongan orang yang sebaya, generasi:
~ muda;
8.[sastera lama] selengkap;
pakaian ~
a) selengkap pakaian kebesaran;
b) pakaian kebesaran;
c) pakaian seragam;
~ baru generasi baru (penganut aliran zaman baru);
~ bersenjata keseluruhan tentera sesebuah negara (yang terdiri daripada tentera darat, tentera laut, dan tentera udara);
~ darat tentera darat;
~ laut tentera laut, armada;
~ muda para pemuda;
~ perang bala tentera yang berperang atau sedia untuk berperang;
~ raja (adiraja, diraja) kereta yang membawa jenazah raja;
~ udara tentera udara;
perangkat, perangkatan
1. kelengkapan, perlengkapan, peralatan;
~ adat alat perlengkapan adat;
2. = keangkatan [arkaik] keberangkatan;
seperangkat, seperangkatan
1. selengkap, sepemakai;
2. [arkaik] segolongan;
pengangkatan perihal (perbuatan, cara, dan sebagainya) mengangkat (dengan berbagai-bagai erti);
pengangkat
1. alat untuk mengangkat;
2. orang yang mengangkat;
3. orang yang suka memuji-muji.
angkasawan
orang yang terlatih untuk menyertai misi ke angkasa lepas (menuju ke bulan dan lain-lain):
John Glenn ialah ~ Amerika yang pertama mengedari bumi di angkasa lepas.
angkasa
1. udara, awang-awang, langit:
bintang-bintang menghias ~;
2. lapisan udara yang mengelilingi bumi;
~ lepas = ~ luar ruang di luar lapisan udara yang mengelilingi bumi;
mengangkasa terbang ke angkasa, naik ke udara (ke langit).
angkara
1. perbuatan yang jahat (bengis, buas, ganas):
berbuat ~ kepada sesama manusia;
2. buas, ganas:
binatang yang ~;
3.= ~ murka mementingkan diri sendiri, serakah, tamak:
selama ada orang yang ~, tidak aman harta benda orang;
4. [sastera lama] perbuatan kurang ajar (terhadap isteri orang dan lain-lain), cabul:
berbuat ~ akan anak gadis orang.