= anglung.
Category Archives: Kamus Dewan Online
anglong I
[Jawa] bercakap tidak keruan.
anglo
[Indonesia], [Cina] dapur arang.
anglap
[Jawa] = menganglap mencuri, tidak membayar hutang.
angkut-angkut
sejenis lebah dalam famili Eumemidae.
angkut II
~ besi = angkut-angkut sejenis tumbuhan (pokok), jelunut, mendarung gajah, Sommersonia bartramia.
angkut I
berangkut mengangkat dan membawa (berkali-kali):
empat kali Pak Pandir dan Mak Andeh ~ ulang-alik barulah habis;
mengangkut
1. mengangkat dan membawa (ke sesuatu tempat):
ia menolong ibu bapanya ~ kayu api;
2. membawa dari satu tempat ke tempat lain (berkenaan (dengan) kenderaan dan lain-lain), memuatkan dan membawa ke sesuatu tempat dengan menggunakan alat pengangkutan:
beberapa buah lori ~ kayu balak menuju kilang papan;
petani-petani ~ hasil tanaman mereka ke bandar-bandar yang berhampiran;
angkutan barang yang diangkut:
lori itu terbalik kerana ~nya terlampau banyak;
pengangkutan pembawaan (barang-barang dan lain-lain) dari satu tempat ke tempat lain:
~ barang-barang itu harus didahulukan;
~ awam sistem pengangkutan bermotor seperti teksi, bas dan kereta api yang boleh digunakan oleh orang ramai di kawasan tertentu dengan kadar tambang yang telah ditetapkan;
pengangkut orang yang mengangkut, alat untuk mengangkut:
~ barang.
angkus, angkusa
sejenis tongkat berkait untuk mengemudikan gajah, kusa (gajah).
angkup II
alat yang digunakan untuk mengukur garis pusat tembikar dan lain-lain;
~ pokok angkup bersenggat yang digunakan untuk menentukan garis pusat balak atau pokok.
angkup I
= sepit ~ penyepit untuk memegang barang yang kecil-kecil;
angkup-angkup I. [Indonesia] lidah-lidah penutup lubang pada pompa dan sebagainya, katup (pada pompa dan sebagainya);
2. = ~ besi sejenis penyepit;
mengangkup memegang (menyepit) dengan angkup;
terangkup-angkup terbuka tertutup berulang-ulang.