angkat

1. meninggikan, menaikkan ke atas:
~ tangan;

2. yang dijadikan atau diakui seperti (anak, ayah, dan lain-lain):
abang ~ ;
anak ~;

3. [arkaik] kali (kekerapan) membawa:
sudah tiga ~ minuman;

4. turunan:
se~ seumur, sebaya (dengan);
~ berat = ~ besi sukan atau latihan jasmani dengan mengangkat besi;
~ kaki
a) melarikan diri, cabut lari;
b) meninggalkan sesuatu tempat (majlis dan sebagainya) dengan tergesa-gesa;
~ sembah melakukan sembah;
~ sumpah bersumpah;
dari jauh orang ~ telunjuk, kalau dekat dia ~ mata (peribahasa) jika kita berbuat salah akan diumpat orang di belakang kalau tidak di depan kita;

angkat-angkat yang boleh (dapat) diangkat-angkat:
jambatan ~;

berangkat
1. mula meninggalkan sesuatu tempat untuk pergi ke tempat lain, bertolak:
rombongan itu akan ~ ke Pulau Pinang;

2. mulai menjadi (besar, dewasa, dan lain-lain):
anak itu sudah ~ dewasa;
orang yang ~ hamil sering didatangi perasaan yang aneh-aneh;

memberangkatkan menyuruh berangkat:
keesokan harinya rombongan itu diberangkatkan ke ibu kota;

keberangkatan perihal berangkat (bertolak), berangkatnya:
dia pergi tanpa memberitahukan ~nya padaku;

mengangkat
1. menggerakkan ke atas, menaikkan, meninggikan:
ia ~ panggang dari api;
beberapa orang murid ~ tangan untuk menjawab soalan guru;

2. membawa pergi atau membawa dari satu tempat ke tempat lain:
diangkatnya barang itu ketika ia berangkat tadi;
~ beg-beg masuk ke dalam kereta;

3. melantik, menaikkan (kedudukan, taraf, pangkat):
hendak ~nya menjadi pengerusi;
peristiwa dan tindakan penting yang ~ taraf bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan;

4. (mulai) melakukan (menyatakan dan lain-lain):
~ sumpah;

5. mengambil sebagai, mengakui sebagai (anak dan lain-lain):
ia telah diangkat anak oleh penghulu;

6. [Indonesia] menangkap dan membawa pergi:
semalam ia diangkat oleh polis;

7. [kiasan] memuji (kerana hendak menyukakan hati):
pandailah kau ~ dia;
~ bicara [Indonesia] mulai berpidato;
~ hadas menyucikan diri daripada hadas kecil atau hadas besar;
~ suara meninggikan suara;
~ tabik memberi hormat;
~ wuduk menyucikan diri dengan mengambil air sembahyang;

mengangkat-angkat
1. mengangkat berulang kali;

2. [kiasan] meninggi-ninggikan, memuji-muji (untuk menyukakan hati):
jangan engkau suruh aku ~ orang;

mengangkati berkali-kali mengangkat, mengangkat-angkat;

mengangkatkan mengangkat untuk:
tolong angkatkan saya peti itu sebentar;
~ topinya akan memberi hormat;

angkatan
1. berat yang diangkat:
~nya lebih daripada 200 paun;

2. pasukan tentera (dengan alat kelengkapan), bala tentera:
~ bersenjata Malaysia;

3. pengiriman pasukan (tentera):
~ pasukan ke daerah pertempuran sudah selesai;

4. [arkaik] = pengangkatan, keangkatan pelantikan:
~ beliau sebagai duta telah disahkan;

5. [Indonesia] yang diangkat atau dilantik, lantikan (berkenaan (dengan) jawatan, pangkat):
jawatan Perdana Menteri bukanlah ~ tetapi pilihan;

6. golongan orang yang mempunyai haluan atau pendirian (kecenderungan, cita-cita, dan sebagainya) yang sama:
Usman Awang ialah tokoh ~ Sasterawan 50 atau Asas 50;

7. golongan orang yang sebaya, generasi:
~ muda;

8.[sastera lama] selengkap;
pakaian ~
a) selengkap pakaian kebesaran;
b) pakaian kebesaran;
c) pakaian seragam;
~ baru generasi baru (penganut aliran zaman baru);
~ bersenjata keseluruhan tentera sesebuah negara (yang terdiri daripada tentera darat, tentera laut, dan tentera udara);
~ darat tentera darat;
~ laut tentera laut, armada;
~ muda para pemuda;
~ perang bala tentera yang berperang atau sedia untuk berperang;
~ raja (adiraja, diraja) kereta yang membawa jenazah raja;
~ udara tentera udara;

perangkat, perangkatan
1. kelengkapan, perlengkapan, peralatan;
~ adat alat perlengkapan adat;

2. = keangkatan [arkaik] keberangkatan;

seperangkat, seperangkatan
1. selengkap, sepemakai;

2. [arkaik] segolongan;

pengangkatan perihal (perbuatan, cara, dan sebagainya) mengangkat (dengan berbagai-bagai erti);

pengangkat
1. alat untuk mengangkat;

2. orang yang mengangkat;

3. orang yang suka memuji-muji.

berkongsi