angin

1. udara yang bergerak (sehingga terasa gerakan atau alirannya):
~ kencang sekali hari ini;

2. hawa, udara;
mengambil ~ berjalan-jalan menghirup (menikmati) hawa yang bersih;

3. gas yang terdapat atau berkumpul dalam perut dan usus:
perutnya berasa kurang sedap kerana berisi ~;
membuang ~
kentut;

4. [kiasan] desas-desus, khabar yang belum sah, gelagat bahawa sesuatu akan terjadi:
ada ~ yang dia akan datang ke mari;

5. [kiasan] kosong, hampa, sia-sia:
cakap ~;

6. kemungkinan, peluang, kesempatan:
menantikan ~ baik;

7. sifat atau perangai yang tidak menentu (berubah-ubah tanpa sebab yang nyata):
dia itu ada ~, kadang-kadang riang dan kadang-kadang muram;
~ ahmar
keadaan yang timbul tiba-tiba apabila saluran darah ke otak pecah atau tersumbat, yang mengakibatkan kehilangan kemampuan untuk menggerakkan sesetengah bahagian badan, strok;
~ badai angin ribut;
~ barat (barat daya dan lain-lain) angin yang datang dari barat (barat daya dan lain-lain);
~ bohorok (Sumatera) angin kering dan panas yang turun dari pergunungan;
~ (sorong) buritan angin yang datang dari buritan;
~ cekang kelat = ~ tegang kelat angin kencang;
~ darat angin yang datang dari darat;
~ ekor duyung angin yang datang dari berbagai-bagai jurusan;
~ gila angin yang tidak tentu arahnya;
~ gunung-gunungan angin besar;
~ haluan angin yang datang dari depan perahu;
~ hulu timur angin tepat dari timur;
~ indera bayu [sastera lama] angin ribut;
~ kelambu menunggal angin utara yang membawa hujan;
~ kelambu sebelah angin utara yang tidak kencang dan tidak membawa hujan;
~ kepala angin utara timur laut;
~ lalu ki khabar yang tidak tentu benar salahnya;
~ langkisau angin puting beliung;
~ laut angin yang datang dari laut;
~ lintang angin kuat yang bertiup melintangi arah laluan kenderaan;
~ membakat = ~ menebing = ~ menumbuk kurung = ~ tumbuk kurung angin yang tepat dari buritan dengan ombak yang tinggi;
~ musim angin yang datang menurut musim tiap-tiap tahun;
~ paksa angin yang baik untuk belayar;
~ pancaroba angin yang tidak tentu arahnya;
~ pasang pasang-pasang;
~ pengarak pagi angin pada waktu dinihari;
~ puting beliung = ~ puyu(h) angin yang berpusing-pusing;
~ ribut angin besar (bertiup dengan kencang), taufan;
~ sakal angin yang berlawanan dengan arah perahu;
~ salah angin yang tidak baik;
~ sapu-sapu = ~ sepoi-sepoi (bahasa);
~ selembubu ~ selung bubu
angin yang berpusing;
~ sendalu angin yang sedang ;
~ sepoi-sepoi (bahasa, basa) angin yang bertiup lembut;
~ sorong buritan = ~ turutan angin buritan;
~ taufan angin puting beliung;
~ tegang kelat [sastera lama] angin kencang:
maka baginda berbuat sebuah negeri terlalu besar, tujuh buah gunung di dalamnya, luas kotanya pada sepenampang sehari pelayaran ~ tegang kelat;
~ temberang buritan (haluan)
angin yang serong dari buritan (haluan);
~ tenggara mandi angin keras dari tenggara;
~ tikus = ~ tukus angin pada awal angin tenggara;
~ timba ruang angin keras dari sisi perahu;
~ yahum angin tumbuk kurung;
~ berputar, ombak bersabung (peribahasa) dikatakan berkenaan suatu perkara yang sangat sukar diselesaikan;
~ bersiru kami tahu (peribahasa) [Minangkabau] kami sudah tahu bahawa hal (niat) seseorang telah berubah;
~ tak dapat ditangkap, asap tak dapat digenggam (peribahasa) (Lampung) khabar-khabar yang ganjil itu tidak dapat disembunyikan (disimpan);
ke mana ~ yang deras, ke situ condongnya = seperti sepohon kayu, di mana ditiup ~, di sanalah ia condong (peribahasa) dikatakan kepada orang yang tidak tetap pendiriannya;
kalau tiada ~ bertiup takkan pokok bergoyang = tak sebab kerana ~, pokok kayu maukah bergoyang (peribahasa) tentu ada sebabnya maka terjadi sesuatu hal;
tahu di ~ turun naik (peribahasa) orang-orang yang arif bijaksana tahu akan keadaan susah atau senang;

seangin sedikit sahaja, sekelumit;

angin-angin
1. desas-desus, khabar yang belum sah;

2. gelagat;

angin-anginan panas baran, lekas marah;

berangin
1. ada angin:
hari panas dan tidak ~;

2. diketahui orang sedikit-sedikit:
setelah ~ hal itu, dia pun ditangkap polis;
~ keluar
terbuka rahsia (khabar dan lain-lain);

berangin-angin duduk di tempat yang ada angin (supaya sejuk):
kedua-duanya pun ~ di beranda;

mengangin
1. [arkaik] menjadi angin (hilang lenyap);

2. bertiup angin;

3. menumpah-numpahkan padi daripada nyiru supaya yang hampa ditiup angin dan terpisah daripada padi yang berisi:
petani itu sedang ~ padi;

mengangini memberi berangin, memasukkan (meniupkan) angin, mengipasi;

menganginkan, mengangin-anginkan 1. = memperanginkan menaruhkan di tempat yang berangin (untuk menyejukkan atau mengeringkan sesuatu), mengipasi:
tembikar itu dikeluarkan dari tempat pembakar dan dianginkan hingga sejuk;

2. membayang-bayangkan, menyatakan dengan samar-samar:
isterinya ~nya supaya anak mereka dijodohkan saja dengan anak saudaranya;

terangin
1. kena angin;

2. tampak angin-anginnya (gelagatnya);

terangin-angin tersiar khabar angin (desas-desus);

peranginan
1. tempat beristirahat atau berangin-angin (rumah atau bahagiannya);

2. = tempat ~ = kawasan ~ tempat untuk beristirahat yang biasanya agak jauh dari bandar (seperti di tepi pantai, di puncak bukit, dan sebagainya).

berkongsi