angan

1. fikiran, ingatan, menungan;
tidak masuk ~ = tidak lalu ~ tidak masuk akal;

2. [Minangkabau] maksud, niat;
~ lalu, faham tertumbuk (peribahasa) menurut fikiran mungkin dibuat, tetapi sebenarnya sukar;

angan-angan
1. ingatan, fikiran;
jalan ~ jalan fikiran;
sakit ~ tidak betul fikiran;

2. gambaran atau bayangan dalam fikiran (seseorang yang sedang berkhayal), khayalan, fikiran atau ingatan (yang timbul dalam menungan):
bunyi kuang di rimba sekonyong-konyong melenyapkan ~ Jusuh;

3. cita-cita:
~nya menjadi doktor;

4. sesuatu (harapan dan lain-lain) yang tidak mungkin tercapai (berlaku dan sebagainya), khayalan:
itu bukan ~ tetapi kenyataan;

5. [Minangkabau] maksud, niat:
bukan ~nya hendak memalukan orang tuanya;
~ hati
kata dalam hati;
~ Mat Jenin harapan (atau mengharapkan sesuatu) yang mustahil;
mabuk di ~ = dimabuk ~ mengharapkan sesuatu yang tidak mungkin tercapai;
~ menerawang langit (peribahasa) mencita-citakan segala sesuatu yang tinggi-tinggi;
~ mengikat tubuh (peribahasa) menyusahkan diri kerana cita-cita yang terlampau tinggi;

berangan-angan
1. mempunyai angan-angan (cita-cita, ingatan, keinginan):
ia tidak pernah ~ hidup di kota-kota besar;

2. = mengangan, mengangan-angan membayang-bayangkan berbagai-bagai gambaran di dalam fikiran, berkhayal(-khayal), mengelamun:
kadang-kadang terhibur juga hatiku apabila aku ~ menjadi penyanyi;

3. [Minangkabau] bermaksud, berniat:
tidak ~ hendak membalas perbuatan orang terhadapnya;

mengangankan, mengangan-angankan
1. mencita-citakan, mengenang-ngenangkan, mengingini:
gadis itulah yang diangan-angankan untuk dijadikan isterinya;

2. membayangkan dalam fikiran, mengkhayalkan;

terangan-angan
1. terfikir, terniat;

2. terbayang dalam fikiran, terlukis dalam khayalan.

berkongsi