santai

dalam keadaan rehat dan bebas, bebas daripada tekanan (desakan, ketegangan):
sesuai benar untuk tempat berbincang tentang perkara-perkara yang rumit secara ~ tetapi mendalam;

bersantai, bersantai-santai berbuat apa sahaja dengan bebas tanpa ketegangan, bersenang-senang (tidak mengalami tekanan atau desakan):
apabila persediaan sudah cukup, saya bekerja kadang-kadang ada ~-santai juga, bermalas-malas juga;

menyantaikan menyebabkan atau menimbulkan rasa santai:
pemandangan di situ amat ~;

kesantaian keadaan santai, keadaan sedang berehat-rehat dan bebas daripada tekanan:
setiap kali anak mahu berbual mesra dengan mereka, ini dianggap sebagai gangguan terhadap ~ diri mereka itu.

berkongsi