(Linguistik) kata yang berlawanan maknanya dengan kata lain, misalnya tinggi lawan rendah.
Category Archives: Kamus Dewan Online
antologi
kumpulan karya prosa (seperti cerpen) atau sajak atau kedua-duanya yang dihasilkan oleh berlainan pengarang, kumpulan karangan pilihan seseorang pengarang, bunga rampai;
mengantologikan menghimpunkan atau menyusun sesuatu karya seperti cerpen untuk dijadikan sebagai antologi:
karya-karya mereka telah pun diantologikan oleh penerbit untuk tatapan umum.
antiwira
(Kesusasteraan) watak utama (wira) dalam sesebuah novel, cerita, filem, drama dan sebagainya yang tidak memiliki sifat yang lazimnya dikaitkan dengan seseorang wira, seperti keberanian dan kepimpinan.
antivirus
bersifat menentang atau membasmi virus:
ubat ~;
perisian ~.
antitoksin
(Perubatan) sejenis zat dalam tubuh yang dapat melawan racun penyakit.
antitesis
1. sesuatu yang benar-benar berlawanan atau bertentangan;
Boyle meragui segala sesuatu yang merupakan ~ kepada prinsip keyakinan dalam agama;
2. penggunaan kata atau ungkapan seperti berjuang atau menyerah dalam frasa, ayat, dan lain-lain yang sama untuk mendapatkan kesan perbezaan atau pertentangan yang seimbang.
antisosial
1. tidak suka bergaul dengan orang lain (masyarakat):
mereka yang ~ akan hanya merenggangkan diri mereka daripada arus pembangunan masyarakat;
2. bertentangan dengan atau berbahaya kepada peraturan atau adat (sesebuah masyarakat).
antisipasi
perkiraan atau bayangan tentang hal-hal yang akan terjadi.
antisiklon
kawasan yang tekanan udaranya lebih tinggi berbanding dengan tekanan udara di sekelilingnya sehingga menghasilkan keadaan cuaca yang tenang.
antiserum
(Perubatan) serum darah yang mengandungi antibodi melawan antigen tertentu, digunakan untuk merawat atau melindungi seseorang daripada sesuatu penyakit.