antui

= ~ hitam = ~ kuning = ~ putih sejenis tumbuhan (pokok), Drepananthus pruniferus.

antropomorfisme

1. kepercayaan bahawa Tuhan bersifat sama seperti manusia (dari segi rupa bentuk, perasaan, atau kelakuan);

2. kepercayaan bahawa sesuatu haiwan atau objek mempunyai perasaan, sama seperti manusia.

antropologi

pengajian saintifik tentang asal usul manusia (perkembangan fizikal dan budayanya, ciri-ciri rasnya dan adat resam, serta kepercayaannya), kaji manusia.

antropoid

1. menyerupai bentuk manusia (berkenaan (dengan) cimpanzi, monyet dan sebagainya);

2. makhluk yang berbentuk seakan-akan manusia, misalnya gorila atau cimpanzi.

antrasit

sejenis batu arang yang sangat keras, tidak mengeluarkan banyak api atau asap apabila dibakar tetapi menghasilkan haba yang sangat panas.

antraks

(Perubatan) penyakit berjangkit akibat bakteria Bacillus anthracis yang lazimnya menyerang haiwan ternakan yang seterusnya boleh menjangkitkan bakteria tersebut kepada manusia.