(Ekonomi) pembayaran wang kepada seseorang pemegang kuasa dengan jumlah dan jarak waktu tertentu;
~ biasa anuiti yang dibayar atau diterima pada penghujung setiap tempoh tertentu;
~ hayat anuiti yang dibayar kepada pewaris sepanjang hidupnya dan akan terhenti apabila pewaris itu meninggal dunia;
~ sampai tempoh anuiti yang dibayar atau diterima pada awal setiap tempoh tertentu.
Category Archives: Kamus Dewan Online
anugeraha
[arkaik] anugerah.
anugerah
pemberian berupa hadiah dan sebagainya yang tinggi dan besar nilainya (daripada Allah, pemerintah atau negara, dan lain-lain), kurniaan:
mendapat ~ Allah;
A~ Sastera Negara;
menganugerahi memberi anugerah kepada seseorang, mengurniai:
Allah ~nya seorang anak lelaki;
menganugerahkan memberikan sesuatu sebagai anugerah, mengurniakan:
Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan ~ pingat kepada beliau;
anugerahan sesuatu yang dianugerahkan;
penganugerahan pemberian anugerah:
beliau menyarankan agar ~ seumpama itu dicontohi oleh institusi kewangan yang lain.
anu
1. (orang, benda, dan lain-lain) yang tidak disebut namanya (dengan disengajakan, kerana terlupa, dan sebagainya):
si ~ nak datang;
dengan hajat ~;
2. (Matematik) kuantiti tertentu yang belum diketahui nilainya.
antus
antusan [arkaik] [sastera lama] utusan.
antup
[Jawa] sengat;
mengantup menyengat.
antung-antung
sejenis bakul tergantung (tempat menaruh barang).
antun
[sastera lama] anggun, kacak;
orang ~ pesolek;
berantun berhias, bersolek:
sedikit bekerja, banyak ~.
antul
mengantul melambung kembali, melenting, memantul, mengambul, menganjal.
antukar
sejenis burung, Rallina fasciata (Rallus striatus gularis).