atau

1. kata hubung yang bermaksud serupa (sama) dengan, disebut juga:
askar ~ tentera;
binatang ~ haiwan;

2. kata hubung yang bermaksud salah satu antara beberapa hal (barang, perbuatan, dan lain-lain):
air limau ~ air tomato, kedua-duanya minuman berkhasiat;
mereka menghinanya dengan meludahinya ~ memakinya;

3. = ataupun baik …. mahupun:
besar ~ kecil;
tua ~ muda;
mahal ~ murah.

atase

pegawai yang diperbantukan pada kedutaan untuk menguruskan tugas-tugas khas:
~ militer;
~ kebudayaan.

atas

1. (pada) tempat atau paras dan sebagainya yang lebih tinggi, lawan bawah:
dari ~ bukit itu nampak laut;
tingkat ~;
bibir ~;

2. pihak yang berkuasa:
perintah daripada ~;

3. kerana, dengan:
dia meletakkan jawatan itu bukan ~ kemahuannya;

4. mengenai, tentang, akan, berkaitan dengan, terhadap:
beliau puas hati ~ kemajuan yang telah dicapai;
tidak mengaku salah ~ tuduhan yang dimajukan;

5. berdasarkan, berasaskan:
keputusan itu dibuat ~ beberapa pertimbangan;
~ soal-soal yang dibincangkan oleh pengarang, dapat saya mengatakan bahawa novelnya merupakan propaganda politik;

6. mengikut, menurut, berdasarkan:
maka dikahwinkan anak Raja Kida Hindi dengan Raja Iskandar ~ syariat Nabi Ibrahim;
~ angin
= negeri ~ angin negeri-negeri yang dipandang sebagai asal angin (seperti India, Iran, Arab, dan juga Eropah);
~ sungai hulu sungai;

di atas
1. pada bahagian atas, di sebelah atas (bukan di bawah):
letakkan bungkusan itu ~ meja;
suatu kesimpulan boleh dibuat berdasarkan huraian yang diberikan ~;

2. lebih tinggi daripada:
~ harga itu, tidak sanggup saya membelinya;

ke atas
1. ke bahagian (tingkat, tempat, dan sebagainya) atas, ke sebelah atas:
angkat peti ini ~ meja;
dia baru naik ~, ke tingkat lima;

2. (dan) lebih (daripada sesuatu paras, jumlah, dan sebagainya), dan tinggi daripada itu:
gaji seribu ~;

beratas-atasan = atas-mengatasi;
mengatas
1. naik ke atas:
debu ~;

2. meninggi (diri):
bukan main lagaknya, bercakap hendak ~ saja;

3. [Indonesia] meminta pertimbangan (keterangan dan lain-lain) daripada orang yang lebih tinggi;

atas-mengatas selalu hendak ke atas;

mengatasi
1. melebihi, mengalahkan:
dicarikan akal bagaimana ~ lawannya dalam pertemuan itu;

2. menyelesaikan atau menguasai (masalah, kesulitan), menghapuskan (kelemahan, kemiskinan, dan lain-lain);

atas-mengatasi saling hendak melebihi, berlumba-lumba tinggi:
di sekolah kami, murid-murid saling ~;

mengataskan melebihkan, meninggikan:
ia selalu ~ negerinya;

teratas terletak (berada dan lain-lain) di atas sekali;

atasan (orang, golongan, pihak) yang lebih tinggi (pangkatnya, kedudukannya, dan lain-lain):
hal ini harus diselesaikan oleh pegawai ~nya;

pengatasan perihal mengatasi atau mengataskan;

pengatas (Matematik) nombor atas pecahan yang menunjukkan berapa bahagian pecahan yang ada:
dalam pecahan 6/7, nombor 6 disebut ~.

atar

air ~ = minyak ~ sejenis minyak wangi;
orang ~ juruubat, orang yang membuat ubat.

atap

1. penutup rumah bahagian atas (untuk melindungi penghuni dari hujan dan panas), bumbung:
~ rumah itu sudah tua;

2. benda yang dibuat daripada sesuatu bahan (seperti daun rumbia dan lain-lain) dipakai untuk menutup bahagian atas rumah, bahan yang dijadikan bumbung:
~ genting lebih mahal daripada ~ rumbia;

beratap mempunyai (memakai) atap, dibubuh (dipasangkan) atapnya:
pondok itu belum ~;

beratapkan mempunyai atau dipasangkan sesuatu (seperti rumbia, genting, dan sebagainya) sebagai atapnya atau bumbungnya:
rumah papan ~ genting;

mengatap membubuh atap, memasang atap;

mengatapi membubuh atap pada, memberi beratap:
~ rumah.

ataksia

(Perubatan) kegagalan pelarasan otot kawal sehingga menyebabkan pergerakan otot menjadi tidak teratur dan tersentak-sentak.

Asyura

hari ~ hari yang kesepuluh dalam bulan Muharam yang disambut oleh orang Islam dengan berpuasa sunat (berkenduri tahlil dan sebagainya).