[Jawa] [arkaik] sedawa.
Category Archives: Kamus Dewan Online
atom
1. bahagian atau unit yang terkecil daripada unsur kimia yang boleh terlibat dalam sesuatu perubahan kimia:
satu molekul air terdiri daripada dua ~ hidrogen dan satu ~ oksigen;
bom ~ bom yang diledakkan dengan tenaga atom;
perang ~ perang yang mempergunakan bom (senjata) atom;
zaman ~ zaman moden (zaman sudah adanya bom atom);
2. [Indonesia], [bahasa percakapan] (dipakai untuk menyatakan sesuatu yang moden, baru atau luar biasa);
ikat pinggang ~ ikat pinggang yang dibuat daripada plastik;
pulpen ~ pen yang tidak perlu diisi dakwat.
atol
(Geologi) terumbu karang yang berbentuk seperti cincin yang melingkungi sesuatu lagun, pulau cincin.
atmosfera
lapisan udara yang melingkungi bumi (yang terdiri daripada bahan-bahan gas).
atmometer
(Fizik) alat pengukur kadar penyejatan air.
atma
jiwa, nyawa;
~ juita [sastera lama] kata cumbuan.
ATM
kepvAutomated Teller Machine (Mesin Teler Automatik, iaitu mesin yang memberikan khidmat juruwang secara automatik).
atlit
atlet.
atletik
berbagai-bagai jenis olahraga (terutamanya yang memerlukan kekuatan, ketangkasan, dan kecepatan seperti berlari, melompat, berenang, dan lain-lain), sukan.
atlet
orang yang giat dalam lapangan sukan, ahli sukan.