tulang ruas yang pertama.
Category Archives: Kamus Dewan Online
atlas II
[Arab], [sastera lama] sejenis kain halus yang berkilat;
antelas.
atlas I
buku yang mengandungi peta-peta (gambar rajah dan maklumat-maklumat lain tentang negeri-negeri).
atip
mengatip [sastera lama] menyusun, mengatur.
ati-ati
sejenis tumbuhan (pokok yang daunnya dibuat ubat), Coleus atropurpureus.
Atid malaikat yang menulis segala kejahatan seseorang.
atendan
1. pekerja lelaki di hospital yang membuat kerja-kerja rencam (seperti menjaga kebersihan di rumah sakit, membawa makanan untuk pesakit, menolong pesakit, dan sebagainya);
2. pembantu drebar lori, kelindan;
3. orang yang bertugas menjaga kereta di sesuatu tempat letak kereta dan mengutip bayaran daripada empunya kereta, jaga kereta.
atelas
atlas II.
ateistik
berpendirian (bersikap) tidak mengakui kewujudan Tuhan.
ateisme
fahaman atau kepercayaan yang tidak mengakui kewujudan Tuhan.
ateis
orang yang tidak mengakui atau mempercayai kewujudan Tuhan.