atur huruf

penyusunan huruf menjadi perkataan atau blok perkataan untuk tujuan pencetakan:
pada peringkat ~;

mengatur huruf menyusun huruf menjadi perkataan atau blok perkataan dalam proses pencetakan:
mereka hanya menjalankan tugas ~, membuat filem, membuat plat, mencetak dan menjilid;

pengatur huruf
1. orang yang kerjanya mengatur huruf;

2. mesin yang digunakan untuk mengatur huruf:
mesin ~.

atur cara

1. jadual pelbagai acara (kegiatan dan sebagainya) yang telah ditetapkan untuk dilaksanakan (biasanya dalam sesuatu upacara, persidangan, persembahan, dan lain-lain):
~ persidangan adalah mengikut aktiviti jawatankuasa dan kumpulan tertentu;
masing-masing mempunyai ~ dan rancangan-rancangan tersendiri;

2. (Komputer) urutan arahan berkod yang dimasukkan ke dalam komputer yang membolehkan data diproses (oleh komputer);

pengaturcaraan (Komputer) proses membuat atur cara komputer:
dalam pendekatan ~, pelajar didedahkan kepada peranan komputer;

pengatur cara
1. orang yang mengendalikan sesuatu majlis:
~ majlis;

2. (Komputer) orang yang menganalisis sesuatu masalah dan menulis atur cara supaya data yang berkaitan boleh diproses oleh komputer.

atun

~ laut sejenis tumbuhan (pokok), bayur laut, dungun, pelir kambing, Heritiera littoralis.

atuk

[bahasa percakapan] datuk;
~ moyang [arkaik] datuk nenek, nenek moyang.

atrium I

laman bahagian dalam sesebuah seni bina Romawi, gereja, dan juga bangunan moden yang tinggi.

atribut

1. sifat (ciri) khusus pada seseorang atau sesuatu benda:
kenyataan itu harus terdiri daripada jisim dan ~nya;

2. sesuatu yang menjadi lambang atau simbol:
sifat yang kita anggap sebagai ~ yang memberi sifat kepada golongan orang bujang;

3. kumpulan atau kelas manusia (tumbuhan dan lain-lain) daripada berbagai-bagai tingkat kualitatif;

4. (Komputer) nilai atau ciri tertentu data, struktur data, unsur model data, atau sistem;

5. (Komputer) kata yang menerangkan cara sesuatu pemboleh ubah dikendalikan oleh komputer.