audiogram

rakaman dalam bentuk graf yang dihasilkan oleh audiometer untuk menunjukkan tahap ketajaman pendengaran seseorang.

audio-

awalan asing berkaitan dengan bunyi atau pendengaran, misalnya audiometer dan audiologi.

audio

1. berkaitan dengan bunyi atau pendengaran:
daripada satu bahasa perhubungan melalui saluran pendengaran atau ~, bahasa Melayu telah menjadi satu bahasa pustaka;

2. berkaitan dengan bunyi atau penghasilan semula bunyi:
selalunya peralatan ~ diletakkan di tengah ruang pameran itu;
ia membawa konsep baru pusat beli-belah yang menawarkan pelbagai pilihan produk ~ dan video.

audiens

para penonton (pembaca, pendengar, dan sebagainya) yang menjadi tumpuan sesuatu ciptaan atau persembahan seni atau sastera:
ia kurang diminati kerana ~ gagal memahami daya tarikannya yang aneh;
persekitaran membentuk aksi dan kehidupan watak-watak sewaktu mereka berkomunikasi dengan ~.

au I

[kata seru] kata untuk menyatakan kesakitan (ketakutan atau keadaan terkejut).

atur III

[Jawa] mengaturi [arkaik] memberi kepada, menyilakan supaya;

mengaturkan
1. menyampaikan, mempersembahkan, memberi:
~ surat kepada menyampaikan surat kepada;

2. mengucapkan, mengatakan:
~ selamat datang.

atur I

atur-atur;
kayu ~ kayu mainan kanak-kanak yang disusun untuk membentuk sesuatu (seperti rumah dan lain-lain);

beratur
1. berada (berdiri dan sebagainya) dalam barisan:
para peserta sudah ~ di padang untuk upacara penyampaian hadiah;

2. berada dalam susunan yang baik (berkenaan (dengan) barang, benda), tersusun (baik-baik):
perkakas dapur ~ dengan baik;

mengatur
1. meletakkan (sesuatu) dalam susunan yang baik atau sebagaimana yang diingini:
~ pasu bunga di taman;
~ buku di rak;

2. menguruskan (supaya rapi, kemas, berjalan dengan baik, dan sebagainya):
~ persiapan untuk menyambut Hari Kebangsaan Negara;
apa guna mencampuri hal rumah tangga orang sedangkan rumah tangga sendiri belum dapat diatur;

mengaturkan mengatur untuk;

teratur
1. telah diatur (dengan baik), sudah disusun baik-baik, tersusun:
dia melihat-lihat buku-buku yang ~ di rak;

2. tidak kelam-kabut (kucar-kacir dan sebagainya):
segala-galanya dijalankan dengan ~ dan rapi setelah mereka merancangkannya dengan sempurna;

aturan
1. cara mengatur, susunan:
~ buku dalam perpustakaan ini, menurut cara Dewey;

2. segala yang telah ditentukan atau ditetapkan untuk diturut, peraturan:
membuat sesuatu itu biarlah menurut ~nya;

3. adat sopan santun, ketertiban:
tidak tahu ~ tidak tahu adat;

4. = ~nya [Indonesia] sebetulnya, sebenarnya:
~(nya) harus diberitahukan terlebih dahulu;

beraturan
1. dengan aturan, mempunyai aturan, teratur baik-baik;

2. tahu adat (sopan santun);

keteraturan keadaan yang teratur, ketertiban:
~ gerak laku;
~ dan alam tabii tidak meninggalkan kesan yang mendalam;

peraturan
1. segala yang telah ditentukan (ditetapkan dan sebagainya) dan harus diturut atau dipatuhi:
setiap pekerja hendaklah mematuhi ~ pejabat;
~ lalu lintas;
~ mesyuarat;
~ kerajaan
peraturan (ketentuan, garis panduan, dan sebagainya) yang dibuat oleh kerajaan;

2. [sastera lama] hubungan keluarga (kepada);

berperaturan ada peraturannya, beraturan:
kerja yang tidak ~;

pengaturan perihal (perbuatan dan sebagainya) mengatur(kan).

pengatur
1. orang yang mengatur, orang yang menyediakan sesuatu mengikut aturan atau peraturan tertentu:
~ huruf;

2. alat untuk mengatur.