[Jawa] permaidani.
Category Archives: Kamus Dewan Online
babun
sejenis beruk besar yang terdapat di Afrika dan Asia, bermuncung seperti anjing dan biasanya berekor pendek, Papio spp.
babuk
nyanyuk:
belum tua sudah ~.
babu
[Jawa] perempuan yang bekerja sebagai pembantu rumah, orang gaji, amah;
~ cuci babu yang kerjanya mencuci pakaian dan lain-lain;
~ dalam = ~ jongos babu yang mengurus bilik;
~ tetek babu yang menyusui anak;
memperbabu memperlakukan (menganggap) seperti babu:
~ bini.
babon
[Jawa]
1. induk ayam, ayam betina;
2. induk;
3. [arkaik] naskhah asli.
babit
membabitkan melibatkan seseorang (negara dan lain-lain) dalam sesuatu perkara:
apabila sesebuah negara Komanwel bertelingkah atau berperang, negara itu tidak akan ~ negara-negara Komanwel lain;
terbabit terlibat, tersangkut (dalam sesuatu perkara), terseret:
apabila Britain berperang dengan Jerman, negara-negara lain pun ~ sama;
~ dalam persengketaan orang lain;
keterbabitan perihal terlibat (tersangkut, terseret) dalam sesuatu perkara:
kita mengenali mereka kerana jawatannya atau kerana ~nya dalam kegiatan di luar bidang tugas;
pembabitan perihal membabitkan:
dia merasakan ~nya dalam pertandingan badminton antarabangsa sudah mencukupi.
babil
[arkaik]
1. degil, tegar, keras kepala, kepala batu, pembantah, pelawan:
~ sangat budak ini;
2. berani dan tabah:
perwira-perwira ~;
berbabil bertengkar, berbantah;
kebabilan perihal (sifat, sikap) suka membantah, kedegilan, ketegaran:
peristiwa itu membakar seluruh ~ku;
perbabilan perihal berbabil, pertengkaran, perbantahan.
babi II
~ kurus sejenis tumbuhan (pokok), beras-beras, kasir, kedondong matahari, kempas roman, pauh kijang, Trigonochlamys griffithii;
rumput ~ sejenis tumbuhan (rumpai), getang-getang, ketumbi padang, tutup bumi paya, Synedrella nodiflora.
babi I
1. sejenis binatang mamalia yang berbadan gemuk, berkaki pendek, berkulit tebal, dan bermuncung (diharamkan bagi orang Islam);
2. [bahasa kasar] kata makian yang digunakan kerana marah (tersangat benci akan seseorang, sesuatu, dan sebagainya);
3. nama kartu (dalam permainan ceki);
~ alu tenuk;
~ balar babi putih;
~ bodoh = ~ janggut sejenis babi, Sus barbatus;
~ duyung sejenis binatang laut yang bentuk badannya menyerupai babi;
~ hutan babi yang liar;
~ laut sejenis binatang laut yang berbulu-bulu;
~ nangoi sejenis babi hutan yang kecil;
~ rantai = ~ tunggal babi hutan yang tidak berkawan;
~ rusa sejenis babi hutan yang bertaring panjang, Babyrousa babyrussa;
~ tanah sejenis binatang kecil yang makan semut;
bagai ~ merasa gulai (peribahasa) dikatakan kepada orang yang hendak menyama-nyamai orang besar (kaya dan lain-lain);
membabi ~ jalang berzina, bermukah.
babi buta
membabi buta melakukan sesuatu dengan tidak berfikir lebih dahulu (mengamuk, merambang, dan lain-lain):
musuh terus menyerbu dengan~;
pembabibutaan perihal melakukan sesuatu tanpa berfikir panjang:
keperluan memenuhi sebarang kehendak yang dicita-citakan akan mendorong ~ tindakan.