badai II

1. membuat sesuatu tanpa izin;

2. asal sahaja, hentam kromo, sapu semua;
mereka ini ~ semua saja mereka ini sapu semua sahaja.

badai I

1. angin ribut (yang kuat dan tiba-tiba datangnya), taufan:
di tengah laut, kapal itu ditimpa ~;

2. keadaan perasaan (fikiran dan sebagainya) yang amat tidak tenteram, keributan, kekacauan:
~ di hatiku masih belum reda;
dunia yang penuh ~;

membadai
1. bertiup kencang (berkenaan (dengan) angin ribut), bertiup seperti badai:
angin ~ dan ombak pun sebesar-besar rumah tingginya;

2. seperti badai, amat sangat:
sedu-sedan mereka masih ~ juga;

3. [kiasan] menyebabkan perasaan (fikiran dan sebagainya) menjadi amat tidak tenteram:
duka ~ jiwanya.

bada III

[Kelantan];

berbada terlanggar (sesuatu) kerana terdampar (berkenaan (dengan) perahu dan lain-lain):
perahu itu ~ dengan batu karang.

bada II

[Minangkabau];

terbada, terbada-bada;
tidak ~ tidak terhingga (sangat, hebat):
tidak ~ banyaknya.

bad

(Parsi) [arkaik] angin;
bala ~ di atas angin;
zir~ di bawah angin.