tidak bersemangat (untuk melawan, berlaga, dan lain-lain), penakut, pengecut:
tidak berjiwa, lemah dan ~;
ayam ~ ayam jantan yang tidak mahu berlaga;
kebaculan sifat lemah semangat, sifat penakut:
baginda tersenyum mendengar ~ saudagar itu.
Cari Maksud Perkataan Secara Online
tidak bersemangat (untuk melawan, berlaga, dan lain-lain), penakut, pengecut:
tidak berjiwa, lemah dan ~;
ayam ~ ayam jantan yang tidak mahu berlaga;
kebaculan sifat lemah semangat, sifat penakut:
baginda tersenyum mendengar ~ saudagar itu.
bekas tempat menakung cecair (daripada buluh dan lain-lain):
Pak Lebai pun sampailah ke ~ niranya.
[Jakarta] tetak, tikam:
sesudah kena ~, ia pun tersungkur;
membacok menetak, menikam:
~ orang dengan parang;
bacokan tetakan, tikaman;
pembacokan perihal membacok, penetakan, penikaman.
bau busuk (seperti bau ikan busuk dan sebagainya).
1. lancar (bercakap, biasanya dalam erti yang kurang baik), lancap;
~ mulut lancang berkata-kata (biadab) tanpa memikirkan akibatnya kepada orang yang mendengar, kesat bahasa;
2. peramah:
isterinya itu ~ orangnya;
kebacaran perihal bacar, kelancapan:
dia dibenci kerana ~nya.
embacang.
[Minangkabau] berbintik-bintik;
ayam ~ ayam yang bulunya berbintik-bintik.
[Jakarta] lunak kerana banyak airnya (tanaman dan lain-lain), basah.
1. bahan untuk dibaca:
di kapal itu, disediakan juga ~; ~ ringan bahan bacaan yang kandungannya bukan tentang hal-hal (perkara-perkara) yang serius atau yang (agak) sukar difahami;
2. cara membaca:
~ al-Quran akan diadili oleh pengadil antarabangsa;
3. hasil yang dibaca:
jika alat menyukat perjalanan minyak menunjukkan ~ yang rendah, enjin hendaklah dihentikan;
4. yang digunakan untuk membaca:
bilik ~;
bahan ~;
pembacaan
1. perbuatan (usaha, kegiatan, dan sebagainya) membaca (buku, akhbar, majalah, dan sebagainya):
Hikayat Panji Semirang yang diusahakan ini ialah hasil daripada ~ hikayat-hikayat tulisan tangan;
~ akhbar dalam waktu pejabat tidak dibenarkan;
suatu tugas besar perpustakaan awam berusaha menggalakkan ~ yang lebih luas di kalangan orang ramai;
2. perbuatan, perihal membaca (meter dan sebagainya):
~ meter dibuat setiap awal bulan;
3. perbuatan membaca (mendeklamasi):
selain ceramah, akan diadakan pula ~ sajak;
pembaca orang yang membaca:
majalah ini banyak mempunyai ~nya; ~ pruf orang yang tugasnya membaca (meneliti) pruf dan membetulkan kesilapan yang didapati.
ruang ~ bilik tempat membaca;
membaca
1. memerhatikan isi sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan memahamkan makna kandungannya:
~ akhbar (buku, novel, surat, dan sebagainya);
2. mengucapkan apa yang tertulis atau tercetak pada buku, papan tanda, dan sebagainya secara lisan (dengan kuat):
ia ~, adik-adiknya mendengar;
~ khutbah berkhutbah;
~ al-Quran mengucapkan ayat-ayat suci al-Quran dengan kuat dan berlagu, mengaji al-Quran;
3. memahamkan makna sesuatu (seperti tanda, huruf, dan sebagainya) tidak dengan mata tetapi dengan jari-jari:
~ Braille;
4. melihat dan mencatatkan angka yang ditunjukkan pada meter (termometer dan sebagainya):
~ meter elektrik;
5. membuat kesimpulan tentang sifat (tujuan, kehendak, dan sebagainya) seseorang dengan melihat seseorang secara luaran sahaja:
daripada tutur katanya, saya dapat ~ hati budinya;
~ isi hati seseorang;
bagaimana British ~ sikap orang Melayu sebelum Malayan Union?
6. mengucapkan baris-baris sajak dengan penuh perasaan di hadapan penonton, mendeklamasi:
~ sajak;
7. meneliti garis-garis pada tapak tangan untuk meramalkan nasib seseorang:
dia pandai ~ tapak tangan;
membacai
1. membaca berkali-kali, mempelajari;
2. [Jawa] menyindir-nyindir;
membacakan membaca untuk:
ia ~ anaknya cerita-cerita dongeng;
terbaca membaca secara kebetulan, terjumpa sesuatu (berita dan sebagainya) lalu membacanya:
saya ada ~ tentang gejala yang serupa ini dalam alam bahasa Jepun;
keterbacaan darjah betapa senang atau sukarnya memahami sesebuah teks;