baca

ruang ~ bilik tempat membaca;

membaca
1. memerhatikan isi sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan memahamkan makna kandungannya:
~ akhbar (buku, novel, surat, dan sebagainya);

2. mengucapkan apa yang tertulis atau tercetak pada buku, papan tanda, dan sebagainya secara lisan (dengan kuat):
ia ~, adik-adiknya mendengar;
~ khutbah
berkhutbah;
~ al-Quran mengucapkan ayat-ayat suci al-Quran dengan kuat dan berlagu, mengaji al-Quran;

3. memahamkan makna sesuatu (seperti tanda, huruf, dan sebagainya) tidak dengan mata tetapi dengan jari-jari:
~ Braille;

4. melihat dan mencatatkan angka yang ditunjukkan pada meter (termometer dan sebagainya):
~ meter elektrik;

5. membuat kesimpulan tentang sifat (tujuan, kehendak, dan sebagainya) seseorang dengan melihat seseorang secara luaran sahaja:
daripada tutur katanya, saya dapat ~ hati budinya;
~ isi hati seseorang;
bagaimana British ~ sikap orang Melayu sebelum Malayan Union?

6. mengucapkan baris-baris sajak dengan penuh perasaan di hadapan penonton, mendeklamasi:
~ sajak;

7. meneliti garis-garis pada tapak tangan untuk meramalkan nasib seseorang:
dia pandai ~ tapak tangan;

membacai
1. membaca berkali-kali, mempelajari;

2. [Jawa] menyindir-nyindir;

membacakan membaca untuk:
ia ~ anaknya cerita-cerita dongeng;

terbaca membaca secara kebetulan, terjumpa sesuatu (berita dan sebagainya) lalu membacanya:
saya ada ~ tentang gejala yang serupa ini dalam alam bahasa Jepun;

keterbacaan darjah betapa senang atau sukarnya memahami sesebuah teks;

berkongsi