badminton

sejenis permainan yang dimainkan dengan raket dan bulu tangkis yang dipukul mengatasi jaring tinggi, dan melibatkan dua atau empat pemain.

badi

1. kesan buruk yang dialami oleh seseorang seperti sakit (demam dan sebagainya) kerana mendekati bangkai binatang atau orang yang mati terbunuh (mengikut kepercayaan masyarakat Melayu):
terkena ~ kerbau;

2. kelakuan luar biasa yang didapati pada masa dilahirkan (biasanya menyerupai sesuatu jenis binatang seperti kera, anjing, dan sebagainya, mengikut kepercayaan masyarakat Melayu), kenan:
budak itu mempunyai ~ kera;

berbadi
1. mempunyai kelakuan yang serupa dengan, menyerupai:
budak itu ~ seekor kera;

2. suka berlumba-lumba:
tanamkan semangat ~ di jiwa kita untuk kemajuan.

badari, badau

sejenis ikan yang memakan anaknya;
bapak ~ [Indonesia] pemimpin yang memakai nama pengikutnya untuk mendapatkan keuntungan.

badar V

batu ~ sejenis batu hablur untuk permata cincin (batu dari Badar, tempat Nabi Muhammad s.a.w beroleh kemenangan).