babi I

1. sejenis binatang mamalia yang berbadan gemuk, berkaki pendek, berkulit tebal, dan bermuncung (diharamkan bagi orang Islam);

2. [bahasa kasar] kata makian yang digunakan kerana marah (tersangat benci akan seseorang, sesuatu, dan sebagainya);

3. nama kartu (dalam permainan ceki);
~ alu tenuk;
~ balar babi putih;
~ bodoh = ~ janggut sejenis babi, Sus barbatus;
~ duyung
sejenis binatang laut yang bentuk badannya menyerupai babi;
~ hutan babi yang liar;
~ laut
sejenis binatang laut yang berbulu-bulu;
~ nangoi sejenis babi hutan yang kecil;
~ rantai = ~ tunggal babi hutan yang tidak berkawan;
~ rusa sejenis babi hutan yang bertaring panjang, Babyrousa babyrussa;
~ tanah sejenis binatang kecil yang makan semut;
bagai ~ merasa gulai (peribahasa) dikatakan kepada orang yang hendak menyama-nyamai orang besar (kaya dan lain-lain);

membabi ~ jalang berzina, bermukah.

berkongsi