binatang

makhluk yang bernyawa dan tidak berakal (seperti kucing, anjing, kuda, dan lain-lain), haiwan;
~ angkara binatang buas;
~ buruan binatang yang diburu (untuk dagingnya);
~ berdarah panas (Biologi) binatang yang suhu badannya tetap;
~ berdarah sejuk (Biologi) binatang yang suhu badannya berbeza daripada suhu persekitarannya;
~ dua alam binatang yang mula-mulanya hidup dalam air dan kemudiannya di darat (seperti katak dan lain-lain), amfibia;
~ hidup-hidupan binatang ternak;
~ kerip = ~ mengerip binatang yang mengerip (mempunyai gigi depan yang tajam), rodensia;
~ loceng binatang halus yang berbentuk loceng (vorticella);
~ lunak binatang yang berbadan lunak dan berkulit keras, moluska;
~ maging binatang yang makan daging, karnivor;
~ maserba binatang yang makan serba makanan, omnivor;
~ maun binatang yang makan tumbuhan, herbivor;
~ menceruh binatang yang memamah biak;
~ reptilia binatang berdarah sejuk yang merayap atau menjalar (seperti ular, buaya, dan lain-lain);
~ susu binatang yang menghasilkan susu;
~ ternak binatang yang diternak;
~ tahan palu, manusia tahan kias (peribahasa) mengajar binatang dengan pukulan, mengajar manusia dengan kiasan (sindiran);

kebinatangan bersifat seperti binatang (buas, ganas, dan sebagainya), kehaiwanan:
dia didorong oleh nafsu ~ sewaktu melakukan pembunuhan itu;
nilai-nilai kemanusiaan dan ~ mulai berombak dalam dirinya.

binasa

1. habis rosak atau hancur sama sekali, musnah:
rumah-rumah kedai itu ~ dijilat api;

2. [kiasan] mengalami bencana atau keburukan (seperti mendapat kesusahan besar, penyakit, dan lain-lain), musnah:
dadahlah yang menyebabkan kehidupannya ~;
sebabmulut badan ~;
arang habis besi ~, tukang hembus penat saja
= tuba ~, ikan tak dapat (peribahasa) perbuatan yang tidak memberi hasil, hanya mendatangkan rugi;

membinasakan
1. menjadikan binasa (rosak atau hancur sama sekali), memusnahkan:
gajah-gajah liar telah ~ tanam-tanaman di pinggir hutan itu;

2. [kiasan] menjadikan binasa (diri), memusnahkan, menghancurkan:
arak dan judi yang ~ dirinya;

3. [kiasan] membunuh, memusnahkan:
~ musuh;

kebinasaan perihal (keadaan) binasa atau musnah, kemusnahan:
~ teruk boleh dilakukan oleh binatang pada tanam-tanaman;

pembinasaan perbuatan membinasakan (memusnahkan), pemusnahan:
~ kota Melaka ialah satu kerugian besar kepada sejarah negara;

pembinasa orang (benda) yang membinasakan:
kapal ~;
tenaga ~
.

binar

[arkaik];

berbinar-binar
1. bersinar-sinar (air, mata, dan lain-lain):
dari jauh air sungai di kuala itu kelihatan ~;
matanya naik ~;

2. berkunang-kunang (pelihatan dan lain-lain).

binal

[Jawa] = binal-binalan
1. bengal, keras kepala;

2. liar (berkenaan (dengan) binatang).

bina

bangunan:
aku jumpa dia di atas ~ stesen; tapak ~ tapak bangunan;
seni ~
a) seni atau ilmu merancang, mereka bentuk, dan membina bangunan;
b) gaya sesuatu bangunan direka bentuk dan dibina, terutamanya pada zaman atau di tempat tertentu:
seni ~ Islam;

membina
1. membuat sehingga terdiri sesuatu (seperti rumah, bangunan, jalan raya, dan lain-lain), membangunkan, mendirikan:
kerajaan ~ rumah murah untuk golongan yang berpendapatan rendah;

2. membantu dalam proses menjadi besar:
makanan yang ~ badan;

3. mengusahakan supaya lebih maju, membangunkan:
~ negara;

4. mewujudkan, membentuk:
~ satu masyarakat baru;
~ sikap baru;
~ rumah tangga yang bahagia;

5. mengembangkan:
~ plot cerita;

6. memajukan dan meninggikan mutu dan taraf serta memperkukuh kedudukan sesuatu (seperti bahasa dan lain-lain):
~ bahasa Melayu;

7. mendatangkan kebaikan, membawa manfaat, dapat memajukan (membaiki dan sebagainya) sesuatu:
teguran yang ~;

terbina
1. dibina, terbangun, terdiri:
bangunan-bangunan tinggi yang ~ di bandar raya Kuala Lumpur;

2. terbentuk daripada beberapa unsur (bahan dan lain-lain):
bumi yang ~ daripada batu-batan dan logam yang keras;

3. [kiasan] (sudah) wujud:
memupuk kasih sayang sehingga ~ istana cinta;

binaan
1. benda yang dibina, bangunan, susunan;
~ jantung susunan (bentuk) jantung;

2. pembentukan;
~ nitrat pembentukan nitrat oleh kuman, penitratan;
~ tulang pembentukan tulang;

pembinaan
1. perbuatan (kegiatan, usaha, dan sebagainya) membina (mendirikan, membangunkan):
~ jambatan;

2. pembangunan:
~ negara;

3. perihal membina (tubuh dan sebagainya):
zat-zat yang membantu ~ tubuh;

4. perbuatan membina (bahasa):
~ bahasa;

pembina orang (syarikat dan lain-lain) yang membina (mendirikan, membangunkan, dan sebagainya) sesuatu:
~ bangunan;
~ negara.