bin II

rumput ~ sejenis tumbuhan (rumpai), aring-aring, keremak jantan (hutan), urang-aring, Eclipta alba.

bin I

1. anak laki-laki kepada (digunakan pada nama orang):
Ali ~ Abdullah;

2. [bahasa percakapan] nama bapa:
sudah sahlah dia, namanya, ~nya dan tempat tinggalnya serupa betul;

3. [bahasa percakapan] untuk menyatakan amat sangat (dipakai pada perkataan-perkataan yang sama ertinya):
ganjil ~ ajaib;
hairan ~ takjub;

berbin [bahasa percakapan] memakai nama ayah (di belakang nama sendiri):
nama Mat dengan tiada ~;

berbinkan mempunyai (memakai) nama seseorang (ayah angkat dan sebagainya) sebagai nama ayah:
walaupun dia dipelihara oleh bapa angkatnya sejak kecil lagi, Ahmad masih ~ ayah kandungnya sendiri;

membinkan memberikan atau membubuh nama bapa kepada anak lelaki:
hukum ~ atau membintikan anak angkat kepada bapa angkat adalah haram di sisi Islam;

= ibnu.

bimbit

membimbit
1. membimbing:
aku kurang mengerti bagaimana engkau orang Timur telah berani membimbit-bimbit dan mengepit-ngepit tangan aku;

2. menjinjing:
Ali ~ bakul untuk ke pasar;

bimbitan sesuatu yang dibimbit;

pembimbit orang yang membimbit sesuatu.

bimbing

berbimbing ~ tangan berpegang (tangan), berpimpin, berpandu:
~ tanganlah ia dengan gadis itu;

berbimbingan, berbimbing-bimbingan;
~ tangan
a) berpegangan tangan;
b) bekerjasama;

membimbing
1. memegang tangan dan memandu, memimpin:
ia segera keluar ~ anaknya yang rupa-rupanya sakit;

2. [kiasan] memberi petunjuk (huraian dan lain-lain), memimpin:
keperluan besar untuk ~ pelajar-pelajar sastera ialah buku-buku tentang hakikat puisi dan pengulas-pengulas sajak;
agama Islam ~ manusia ke jalan yang benar;

bimbingan perbuatan membimbing (memberi petunjuk, huraian, dan lain-lain), pimpinan:
mereka belajar muzik di bawah ~ seorang guru muzik yang terkenal;

pembimbing orang yang membimbing, pemandu.

bimbang

berasa gelisah atau tidak sedap hati kerana memikirkan sesuatu atau takut sesuatu yang tidak diingini berlaku, khuatir, risau:
perasaan ~nya itu akhirnya bertukar menjadi perasaan takut pula;
seluruh keluarganya ~ apabila dia tidak pulang-pulang;
tak usah ~, gula di dalam mulut, bila hendak telan, telan
(peribahasa) apa yang dikhuatirkan lagi, benda itu sudah dalam milik kita;

berbimbang;
~ hati berasa bimbang (khuatir, risau);

membimbangkan menimbulkan rasa bimbang (khuatir, risau), mengkhuatirkan, merisaukan:
ugutan perempuan itu ~ hatinya;
pandangannya itu ~ Hilmi;

kebimbangan perihal bimbang (khuatir, risau), kekhuatiran, kerisauan:
setelah kejadian itu, dia tetap dalam ~.

Bimasakti

jaluran cahaya malap yang terentang di langit pada waktu malam yang terdiri daripada jutaan bintang, nebula, dan sebagainya.

bilur

bekas pada kulit akibat dipukul dengan sesuatu yang tajam atau nipis seperti cemeti, rotan, dan lain-lain;

berbilur ada bilurnya, berbekas bilur:
belakangnya ~ dipukul bapanya dengan rotan.