bilis IV

rumput ~ jantan sejenis tumbuhan (rumpai) yang terdapat di sawah-sawah, rumput sumbu, Cyperus haspan.

bilis III

ikan ~
1. sejenis ikan laut, Anchoviella indica;

2. sejenis ikan laut, Engraulis indica;

3. sejenis ikan laut, Stolephorus indicus;
~ tembaga
sejenis ikan laut,
a) Anchoviella commersonii;
b) Engraulis commersonii;
c) Stoplehorus commersonii.

bilis I

[Kelantan]

1. kecil, halus;

2. hampir padam (pelita), malap;

3. hampir tertutup (mata), mengantuk;

4. tidak terkenal, tidak tinggi (taraf, kedudukan):
penulis-penulis ~ yang masih mencari tempat.

bilirubin

(Biologi) pigmen hempedu berwarna kuning kemerahan yang terhasil akibat pemecahan hemoglobin, yang boleh mengakibatkan penyakit demam kuning sekiranya kepekatannya meningkat.

bilion

1. (di Britain) satu juta juta, ditulis sebagai 1 000 000 000 000 atau 1012;

2. (di AS) satu ribu juta, ditulis sebagai 1 000 000 000 atau 109;

berbilion, berbilion-bilion beberapa bilion, beberapa banyak bilion.

bilingualisme

1. pemakaian dua bahasa oleh seseorang atau sesebuah masyarakat, kedwibahasaan;

2. kefasihan bertutur dalam dua bahasa, kedwibahasaan.