bius

1. = ubat ~ sejenis ubat yang boleh melalikan atau membuat seseorang tidak sedar diri (pengsan dan sebagainya):
macam orang telah kena ~;

2. keadaan tidak sedar diri (kerana dibius):
sedar daripada ~;

membius menyebabkan berasa lali atau tidak sedar dengan memberi ubat bius:
~ pesakit supaya tidak sedar;

kebiusan
1. perihal bius (tidak sedar);

2. menjadi tidak sedar kerana dibius;

pembiusan perihal (proses, perbuatan, dan sebagainya) membius.

biul

[bahasa percakapan] tidak begitu waras fikiran, kemamar, sewel:
dia menjadi ~ setelah lamarannya meminang Zaleha ditolak.

biuku

sejenis kura-kura, Notochelys platynota;
mata ~
mata yang suram (tidak berseri-seri).

bitumen

bahan melekit yang berwarna hitam yang diperoleh daripada petroleum (biasanya digunakan untuk membuat jalan).

biting

[Jawa] penyemat yang dibuat daripada lidi atau buluh (untuk menyemat daun pembungkus).

bitbit

burung ~ sejenis burung, burung pitpit, burung mati anak, Cacomantis merulinus threnodes.