[Arab] dengan nama Allah.
Category Archives: Kamus Dewan Online
biskut
sejenis kuih kering yang dibakar, biasanya leper, nipis, dan rangup.
biskop
[Indonesia] pembesar agama Katolik, uskup.
bising
1. bunyi yang memekakkan telinga, riuh, hingar:
~ sungguh bunyi kedua-duanya bertengkar;
walaupun begitu ~ kereta api bergerak, hatinya tidak bimbang;
2. pekak telinga (kerana riuh dan lain-lain):
~ telingaku;
membising berbunyi bising:
dari rumah kedengaran bunyi gelak ~;
membisingi menyebabkan bising pada seseorang:
bapanya selalu ~ ibunya;
membisingkan menyebabkan bising;
kebisingan perihal bising.
bisik
= bisikan;
bisik-bisik desas-desus:
ada ~ mengatakan dia akan berkahwin tidak lama lagi;
berbisik, berbisik-bisik
1. bercakap dengan suara yang perlahan (kpada seseorang atau sesuatu kumpulan supaya tidak didengar orang lain di sekitarnya):
dia memanggil dengan suara yang sangat perlahan, seperti orang ~ bunyinya;
2. = bisik-bisik secara diam-diam (sehingga tidak didengar atau diketahui orang):
mereka berbincang dengan cara bisik-bisik;
3. [kiasan] berhembus dengan bunyi yang perlahan (berkenaan (dengan) angin):
malam yang hening, terdengar angin ~;
~ kedengaran, berimbau kelampauan (peribahasa) sangat dekat antara orang yang bercakap dengan orang yang mendengar;
membisiki bercakap kepada seseorang dengan berbisik, memberitahu sesuatu kepada orang secara diam-diam:
segera datang kawan saya ~ saya;
membisikkan
1. memberitahukan dengan berbisik, memberitahukan dengan diam-diam:
ia membongkok dan ~ sesuatu ke telinga anaknya;
2. mengucapkan sesuatu dengan suara yang perlahan:
~ kalimah syahadat;
~ doa;
3. mengilhamkan (dalam hati);
bisikan
1. sesuatu yang dibisikkan;
2. perihal membisiki atau membisikkan;
~ hati kata hati;
~ gajah [Kelantan] bisikan yang dapat didengar orang lain;
3. ilham;
pembisik
1. orang yang berbisik;
2. [Indonesia] orang yang mengatakan apa yang harus diucapkan oleh pemain dalam sandiwara;
3. orang yang membacakan skrip (drama, teater, filem dan sebagainya) dengan perlahan kepada pelakon yang terlupa akan dialog semasa pementasan, penggambaran dan sebagainya diadakan.
biseps
(Biologi) otot yang terdapat di bahagian depan lengan atas yang berfungsi untuk membengkokkan lengan.
bisektris
bisektrise (bisktrise) [Indonesia-Belanda] garis lurus yang membahagi dua sudut.
biseks
(Biologi) mempunyai organ pembiakan jantan dan betina pada organisma (tumbuhan dan haiwan) yang sama, misalnya cacing, jagung dan tumbuhan berbunga. biseksual (bisksual) cenderung untuk melakukan hubungan seks dengan lelaki dan juga wanita (berkenaan (dengan) orang).
Bisaya
suku kaum peribumi di Sarawak dan Sabah.
bisai
[sastera lama] elok, molek, pesolek:
anak muda yang ~;
seperti ~ makan sepinggan (peribahasa) berpatutan benar.