bit I

sejenis tumbuhan (sejenis ubi);
~ gula bit putih yang dibuat gula;
~ merah sejenis bit merah yang dibuat sayur.

bisul

bengkak yang bernanah dan bermata pada kulit;
~ gusi bengkak merah yang mengandungi nanah pada gusi gigi;
~ lada sejenis bisul kecil yang amat sakit;
~ sabut bisul besar yang banyak matanya;
~ selinap bisul yang tidak pecah (tetapi lama-kelamaan lisut);
sebagai ~ hampir memecah (peribahasa) kesulitan yang hampir diatasi.

bisu

tidak dapat bercakap (kerana rosak alat pertuturan atau kerana tuli sejak lahir), kelu, gagu;
~ tuli bisu dan tuli;
filem ~ filem yang tidak bersuara;
bagai si ~ berasian, terasa ada terkatakan tidak (peribahasa) tidak dapat mengatakan sesuatu walaupun tahu;
yang ~ penggera (penghalau) ayam (peribahasa) seseorang itu bagaimanapun bodoh atau lemahnya ada juga gunanya;

berbisu berdiam diri, tidak mahu bercakap;

membisu berdiam diri, tidak mahu bercakap, tidak memberi khabar:
ia diam ~;

kebisuan
1. keadaan bisu:
~nya berpunca daripada kerosakan organ pertuturannya;

2. keadaan sunyi sepi kerana orang-orang yang berada di sesuatu tempat itu membisu:
dalam ~ itu, aku mulai berasa hairan dan bingung;

pembisuan perihal (sikap) membisu:
~ orang-orangnya ditafsirkan sebagai satu persetujuan.

bison

sejenis binatang liar seperti kerbau (terdapat di Amerika Utara) yang pendek tanduknya, bahagian depannya besar dan belakangnya berponok, Bison bison.

bismutinit

(Kimia) sejenis mineral berwarna kelabu yang terdiri daripada sulfida bismut, yang merupakan sumber bismut.

bismut

(Kimia) sejenis unsur logam yang digunakan untuk membuat ubat, kosmetik, aloi, dan lain-lain.