birokratik

berdasarkan (bersifat) birokrasi, secara birokrasi:
amalan pengurusan yang dahulunya berbentuk autokratik dan ~.

birokrasi

1. sistem pemerintahan atau pentadbiran yang dikendalikan atau dijalankan oleh pegawai-pegawai kerajaan (yang tidak dipilih oleh rakyat);

2. cara pemerintahan atau pentadbiran dengan pegawai-pegawai kerajaan yang mempunyai kuasa yang besar;

3. cara pentadbiran yang melibatkan berbagai-bagai peringkat atau proses pengurusan dan banyak peraturan;

membirokrasikan
1. mengamalkan sistem pemerintahan yang dijalankan oleh para pentadbir;

2. [kiasan] mengamalkan cara pentadbiran atau pengurusan yang banyak peraturan (kerenah dan lain-lain):
tindakan ~ urusan permohonan tender baru ini mengakibatkan ramai kontraktor mengeluh kehampaan;

pembirokrasian perihal membirokrasikan sesuatu:
~ ini banyak mempengaruhi perkembangan universiti di Malaysia.

biro

jabatan atau agensi (terutama yang menyediakan perkhidmatan untuk orang ramai):
B~ Guaman Negara.

birit

[Jakarta] pantat;

terbirit, terbirit-birit
1. terberak-berak, tercirit-cirit;

2. lari dengan cepat (kerana ketakutan dan lain-lain).

biring II

merah kekuning-kuningan (berkenaan (dengan) bulu ayam);
ayam ~ ayam (jantan) yang berbulu biring;
~ sangka naning warna serupa tabuhan (ayam);
~ sikunani [Minangkabau] sejenis ayam yang tidak dapat dialahkan.

biring I

sejenis penyakit kulit (berbintik-bintik dan gatal), ruam:
leher anaknya penuh dengan ~ keringat;
~ panas
biring kerana kena panas;
~ peluh = ~ keringat biring kerana peluh.