bot

sejenis kenderaan kecil yang bergerak di atas air, yang biasanya membawa sejumlah kecil penumpang;

~ bomba bot yang digunakan oleh perkhidmatan bomba untuk memadamkan kebakaran di laut (kapal dan sebagainya);
~ laju bot berkuasa tinggi yang berupaya bergerak dengan laju sekali;
~ nelayan bot yang digunakan oleh nelayan untuk menangkap ikan, udang dan sebagainya;
~ penyelamat bot yang digunakan untuk operasi menyelamatkan orang di laut dan sebagainya;
~ ronda bot yang digunakan untuk meronda (biasanya oleh pasukan polis atau kastam).

bosan

sudah tidak suka lagi, jemu, boyak:
saya sudah ~ makan daging;
dia sudah ~ akan isterinya;
~ mendengar kisah yang sama berulang kali;

membosankan menjadikan (mendatangkan rasa) bosan, menjemukan:
pidato-pidato serupa ini sangat ~;

kebosanan
1. perihal bosan, kejemuan, keboyakan:
~ akan lakinya mulai timbul sesudah dia jatuh sakit;

2. [Jakarta] kekenyangan;

pembosan mudah (lekas) bosan.

bos II

[bahasa percakapan] orang yang berkuasa, mengawal, mengarahkan atau memberi perintah kepada orang bawahan (pekerja dan sebagainya), ketua, majikan:
ia bersuara macam seorang ~;

berboskan mempunyai seseorang sebagai bos:
beruntunglah dia dapat ~ orang yang baik hati dan bertimbang rasa.

bos I

[Indonesia-Belanda] (se)bungkus yang berisi beberapa batang (rokok dan lain-lain).

boros

1. terbuka, terurai, lepas (tali yang diikatkan);

2. tidak hemat, suka mengeluarkan wang berlebih-lebih, suka memakai barang-barang berlebih-lebih:
ia hidup terlalu joli dan ~;
kalau ~ lekas kerugian
(peribahasa) orang yang boros itu akhirnya beroleh kesusahan;

berboros berlaku boros:
mereka menjaga diri daripada ~ atau berhutang;

memboroskan mengeluarkan (membelanjakan) wang berlebih-lebihan (membuang-buang wang), menggunakan barang-barang dan lain-lain berlebih-lebihan (dengan cara yang membazir):
sejak orang tuanya meninggal, ia banyak ~ harta benda;

keborosan keadaan boros, sifat boros;

pemborosan perihal boros atau memboroskan, perbuatan memboroskan (wang, barang, dan lain-lain);

pemboros orang yang boros atau bertabiat boros.