[sastera lama] batas, had.
Author Archives: admin
sarer
[Kelantan] sejenis lumut laut.
sarean
1. [Indonesia] [arkaik] sarjan;
2. [Jawa] [arkaik] kakitangan ketua kampung;
3. = serang ketua kelasi.
sardin
1. sejenis ikan laut (biasanya ditinkan),
a) Harengula fimbriata;
b) Harengula melanura; c) Amblyangaster sirm, dan lain-lain;
2. [bahasa percakapan] penuh sesak (orang dalam kereta dan lain-lain), penuh sekali, tumpat:
orang dalam bas itu penuh sesak macam ~.
saraya
[Johor];
menyaraya menyuruh bekerja tanpa upah (hanya menanggung makan sahaja).
Sarawak
negeri di Malaysia yang terletak di barat laut Borneo, keluasan 1,129,500 km2, Kuching sebagai ibu negeri, Bumi Kenyalang.
saraung
[Brunei] sejenis tutup kepala (topi).
sarau II
[Indonesia] sejenis bakul besar.
sarau I
[Minangkabau] sial, celaka, malang:
sekali malang datang, dua tiga ~ menyusul;
menyaraukan menjadikan sial (celaka), mencelakakan.
sarat
1. terlalu banyak (muatan, bebanan, buah, dan lain-lain) hingga berat atau penuh:
maka pilu itu disuruh baginda isi dengan sagu rendang sampai ~;
bagai pinang ~ berbuah;
badannya sudah ~ dengan pakaian dan perhiasan;
2. [kiasan] penuh berisi (dengan air, fikiran, harapan, kesusahan, dan lain-lain):
lapisan atas tanah itu ~ dengan air;
dadanya ~ dengan harapan besar untuk masa depan;
3. mengandung (hamil, bunting) dan hampir akan bersalin:
isterinya yang sudah ~ mengandung;
menyarat, menyarat-nyarat [arkaik] penuh sekali, sangat penuh;
menyarati menjadikan penuh berisi, memenuhi.