SARS

[kependekan] Severe Acute Respiratory Syndrome (Sindrom Pernafasan Akut yang Teruk, iaitu penyakit salur pernafasan yang boleh membawa maut, dicirikan oleh demam panas, sukar bernafas dan batuk tanpa kahak, akibat jangkitan koronavirus dan merebak melalui titisan air yang keluar di udara semasa penghidap bersin atau batuk).

sarkastik

bersifat menyindir (dengan kata yang tajam, pedas) yang boleh menyakitkan hati seseorang:
kata-katanya yang sangat ~ itu menyebabkan kami terpaksa berfikir panjang.

sarkasme

(Kesusasteraan) kiasan atau ironi yang mengandungi unsur-unsur kata yang pedas yang bertujuan untuk menyakitkan hati seseorang, sindiran.

sarkas

1. sekumpulan penghibur yang terdiri daripada akrobat, badut, dan sebagainya serta binatang terlatih, yang menjelajah dari satu tempat ke satu tempat untuk membuat pertunjukan;

2. persembahan hiburan oleh kumpulan ini.

sarjana

1. orang yang pandai-pandai (bijak), ahli dalam ilmu pengetahuan, cendekiawan;

2. gelaran orang yang telah melengkapi pelajaran di universiti (telah mendapat ijazah);
~ muda gelaran orang yang telah mendapat ijazah pertama di universiti (sebelum ijazah sarjana);

kesarjanaan
1. pengetahuan dan kemampuan seseorang sarjana, kepandaian, keahlian:
~ ini penting di universiti;

2. hal-hal yang berkaitan dengan sarjana:
nyatalah bahawa buku ini ialah sumbangan besar dalam perkembangan dan ~ Melayu.

sarjan

pangkat dalam tentera dan polis (lebih tinggi daripada koperal);
~ mejar pegawai polis yang pangkatnya satu tingkat di atas sarjan.

sarit

[Minangkabau]
1. susah (hidup), sulit;

2. [kiasan] miskin;

3. = sarit-sarit jarang-jarang.