saring I

menyaring
1. membersihkan sesuatu (menerusi benda yang berlubang kecil-kecil), menapis:
~ minyak;

2. [kiasan] memilih (untuk mencari yang baik, elok, dan lain-lain):
~ pemohon-pemohon yang akan diambil bekerja;

saringan
1. = penyaring penapis, tapisan;

2. acara dan sebagainya untuk memilih (yang baik, elok dan lain-lain):
daripada jumlah ini, seramai 16 orang akan dipilih untuk menjalani ~ bagi memilih 6 orang peserta paling baik;

penyaringan
1. perihal (kerja, proses, dan sebagainya) menyaring, penapisan;

2. perbuatan atau proses memilih (yang baik, elok, dan lain-lain);

3. yang telah disaring.

sarikan

akar ~ [Indonesia] sejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar guih, Spatholobus ferrugineus.

sarih

[Arab] jelas, nyata, atau terang (makna):
ayat al-Quran itu adalah ~ dalam menetapkan prinsip akidah Islam.

sari III

sejenis pakaian tradisional wanita India;

bersari memakai sari:
wanita India yang ~ biru itu ialah rakan sekuliah saya dahulu.

sari I

1. pati daripada sesuatu (makanan, buah-buahan, dan lain-lain):
~ susu;

2. bahagian yang penting (daripada karangan, berita, pelajaran, dan lain-lain), isi pokok;
~ kata terjemahan dialog dalam filem yang disiarkan serentak dengan tayangan filem berkenaan;
inti ~ pokok, isi;

3. = serbuk (tepung) ~ [Indonesia] debunga (pada tumbuh-tumbuhan);
~ bunga

kelopak bunga;

menyarikan
1. menghisap madu dari sari bunga (kumbang, rama-rama, dan lain-lain);

2. memetik pati sahaja (daripada karangan, berita, dan lain-lain), mengikhtisarkan;

penyarian perbuatan (proses) memetik isi daripada karangan, berita, dan lain-lain:
~ data.