sarung I

1. salut (tempat menyimpan keris, pedang, dan lain-lain) yang dibuat daripada kayu dan lain-lain:
pedang yang sudah terhunus daripada ~nya;

2. sampul (bantal, surat, dan lain-lain), bungkus;

3. = kain ~ kain yang hujung pangkalnya dijahit bersambung;
~ akar tisu yang menyalut hujung akar (supaya tidak rosak, patah, dan lain-lain);
~ bantal kain pembungkus bantal (supaya bantal tidak kotor dan lain-lain);
~ bidal = ~ jari sarung jari yang diperbuat daripada logam (untuk orang menjahit), jidal, didal;
~ kepompong lapisan yang menyaluti telur (kepompong) serangga;
~ keris sarung tempat menyimpan keris;
~ surat sampul surat;
~ tangan kaus tangan;
seberapa panjang ~, begitulah panjang matanya (peribahasa) perangai (perkataan) yang baik atau jahat menunjukkan sedikit atau banyaknya ilmu seseorang;

bersarung memakai sarung:
dia bertopeng dan ~ tangan;

bersarungkan menggunakan sesuatu sebagai sarung:
ia mengambil goloknya yang berhulukan buluh dan ~ upih itu;

menyarung
1. memberi bersarung:
~ keris;

2. memakai atau mengenakan (pakaian dan lain-lain):
dia terus ~ pakaian;

menyarungkan
1. memasukkan ke dalam sarung:
kemudian Panglima Hitam pun ~ kerisnya kembali;

2. mengenakan atau memasukkan (pakaian, cincin, dan lain-lain):
dia terpaksa menahan nafas ketika ~ baju sutera halus tanpa tangan itu;
~ baju di badan maka sesuai
(peribahasa) mengukur perbuatan orang dengan keadaan diri sendiri;

tersarung
1. terletak dalam sarung (keris, pedang, dan lain-lain), dalam keadaan bersarung;

2. terlekat atau terpakai (pakaian dan lain-lain):
cincin pertunangan ~ di jarinya;

penyarung [sastera lama] orang yang membuat sarung:
maka oleh segala perawangan itu dibawanya keris itu kepada segala ~ disuruh sarungkan.

saruk

menyaruk
1. menyentuh atau melanggar sesuatu, menyandung;

2. [arkaik] mujur (dalam perjudian);

tersaruk, tersaruk-saruk tersandung-sandung, terlanggar-langgar.

saru I

[Jakarta] tidak jelas pada pelihatan (pendengaran dan lain-lain), tidak nyata, samar;

menyaru
1. menjadi saru (tidak jelas);

2. menyamar;

menyarukan menjadikan saru (tidak jelas, tidak nyata, dan lain-lain), menyamarkan;

penyaruan
1. perihal menyamar, penyamaran;

2. perbuatan dan lain-lain untuk menutup maksud.

Sartan

bintang ~ bintang mengkara;
garisan (balik) ~ garis lintang yang letaknya 23 26′ di utara khatulistiwa.

sarsi

singkatan bagi sarsaparila, iaitu air yang dihasilkan daripada sarsaparila.

sarsaparila

1. sejenis minuman tanpa alkohol yang disediakan daripada akar tumbuhan tropika genus Smilax, berwarna coklat dan mempunyai aroma yang menyegarkan;

2. pokok yang mempunyai akar yang beraroma yang digunakan untuk minuman
1. di atas.