sarak I

cerai, pisah;

bersarak bercerai, berpisah;
~ serasa hilang, bercerai serasa mati (peribahasa) seseorang yang terlalu rindu kerana bercerai dengan orang yang dikasihi;

menyarak
1. menceraikan (isteri), memisahkan;

2. memberhentikan anak daripada menyusu, menyapih.

saraf II

= urat ~ urat (tisu atau saraf) yang menghubungkan otak (atau cabang-cabang darinya) dengan bahagian-bahagian lain dalam tubuh badan:
~-~ itu mengalirkan rangsang dari alat perasa masuk ke otak;~ aferen (Biologi) saraf yang mengalirkan impuls dari bahagian badan ke sistem saraf pusat;
~ eferen (Biologi) saraf yang mengalirkan impuls dari sistem saraf pusat ke bahagian badan;
~ tunjang (Biologi) bahagian sistem saraf pusat yang terdapat dalam tulang belakang;
penyakit ~ gila, tidak siuman.

saraf I

[Arab] kajian tentang bentuk dan pembentukan kata (dalam bahasa Arab), morfologi;
ilmu ~ ilmu perubahan kata-kata;
cucuku sudahkah mengaji ~ dan nahu?

saraan

wang yang diberikan kepada seseorang untuk membantu kehidupannya:
~ ini akan berpanjangan sehingga ahli keluarga itu mampu berdikari;

persaraan perihal (keadaan dan sebagainya) bersara, taraf atau kedudukan sudah bersara:
pengecualian cukai juga diberikan ke atas pendapatan daripada~;

penyaraan perihal (perbuatan, usaha dan sebagainya) menyara:
kos ~ keluarga semakin meningkat sedangkan pendapatan mereka tidak bertambah;

pesara orang yang sudah bersara (daripada bekerja atau berkhidmat);

penyara orang yang menyara:
sebagai anak sulung, dia terpaksa mengambil alih tanggungjawab Almarhum ayahnya sebagai ~ keluarga mereka.